Saturday, October 22, 2011

Hari Akhir Peperiksaan

Jumaat 21 Oktober 2011.....ujian amali untuk Hafazan dan Doa.....

Murid akan dipanggil seorang demi seorang untuk membaca surah-surah hafazan dan doa.....

Teringat pulak pengalaman masa zaman bersekolah dulu....saya ni masa sekolah dulu jenis orang yang gemuruh juga....bila waktu ujian lisan sentiasa rasa berdebar-debar.....nasib baik la bila dah dewasa ni tak macam tu...kalau tak susah la nak berdepan dengan ibu bapa palajar......


Kelas 6 Ilmu....sebelum dipanggil untuk baca depan teacher....baca beramai-ramai dulu.....


Kelas 5 Taqwa pun buat persiapan sebelum dipanggil seorang demi seorang......


Fatihah baca depan teacher Rubi....untuk ujian Hafazan dan Doa gred A, B atau C yang diberi kepada murid.....bergantung pada kelancaran bacaan mereka....A = Lancar,B = Sederhana, C = Tak de bunyi langsung (macam P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok)....


Apa pulak kena mengenanya gula-gula dalam cerita ni.....gula-gula ni adalah upah untuk murid-murid 4 tahun supaya diorang baca hafazan dan doa dengan baik.....bukannya apa budak 4 tahun ni kalau nak suruh bukak mulut baca benda-benda yang berguna ni kadang-kadang tu susah....tapi kalau merapu tu memang bagus....kejap-kejap jadi ultraman....jadi boboi boy la....gula-gula tu kiranya macam ubat pembangkit semangat le....kalau nak gula-gula kena baca hafazan dan doa depan teacher....kalau tak nak baca, tak dapat.....


Kelas 6 Ilmu.....kelas ni semuanya BAGUS......alhamdulillah....moga-moga apa yang diajar teacher di tadika tak akan dilupakan walaupun dah masuk sekolah rendah nanti......surah-surah hafazan yang diajar di Tadika Islam Nur Haziq sama seperti surah hafazan darjah 1 sekolah rendah agama.....cuma kami ada lebih 2 surah iaitu Ayat 1000 Dinar dan Ayat Kursi.....








*

No comments:

Post a Comment