Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Foto Kenangan Kursus PLGPS pt 6

Waahhhh....dah macam cerita telenovela sepanyol pulak gayanya....punya la banyak episod...ada pulak penonton yang boring karang....
Ni part last ni...nak tepek jugak.....


 Sebahagian dari tenaga pengajar Tadika Islam Nur Haziq dari ketiga-tiga cawangan yang mengikuti kursus di Hotel Oriental Crystal, Kajang dari 28/5/2012 hingga 8/6/2012...bergambar kenangan bersama pensyarah Puan Hazlina (yang pakai tudung hijau duduk kat tengah tu)....

Sebahagian lagi guru yang belum pergi kursus akan mengikuti kursus pada hujung tahun ni.....


Rakan sekelas kami.....meriahhh....








*

HADITH RIWAYAT AT-TABRANI

Perumpamaan belajar waktu kecil seperti ukiran di atas batu, perumpamaan belajar semasa tua seperti menulis di atas air.



Tu sebab bila dah tua-tua ni susah nak belajar...memanjangnye lupa...memori dah tak kuat...cepat benar perkara penting hilang dari ingatan......









*

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau murid-murid atau pelajar berdasarkan ajaran Islam.  Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik.  Baik disini tentulah baik pada pandangan Islam.  Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam pendidikan.  Justeru ilmu belum tentu mendidik dan memberi ilmu juga belum tentu lagi memberi pendidikan.





*

Wednesday, February 23, 2011

Mari belajar

Di pagi rabu yang indah ini, jom kita tgk apa yg berlaku di tadika.
Kelas Iqra' 8.00 - 8.30 pg

Pukul 8.30 pg. Beratur di halaman tadika sebelum masuk kelas. Masa ni tgh baca doa dan beberapa surah lazim.

Reading. Masa ni lepas waktu rehat.