Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, August 11, 2011

KoLaJ KeTuPaT

Hari Khamis menjelang lagi......


Kelas 6 Ilmu buat Estetika pagi tadi....diorang buat kolaj......kalau pada sesiapa yang tak ingat apa itu kolaj...kolaj tu adalah buat lukisan dengan menggunakan teknik tampalan.....tampal sampai jadi bentuk ketupat......


Diorang ni kalau buat kraf kraf kreatif memang sentiasa teruja....elok je senyap kelas....


Masing-masing tekun menampal......


Lepas waktu rehat......kelas atas pulak buat estetika.......ni kelas 5 Taqwa......tak menyempat masing-masing tadi...habis berterabur kelas dengan kertas yang dah digunting kecik-kecik tu.....


Aircond pasang kipas pun pasang jugak.....letak je kat mangkuk terbang semua kertas kecik-kecik tu......masa kelas bawah tadi tak de pulak kertas tu terbang......kipas kat kelas atas ni kuat sangat kot......

Masa snap gambar ni kertas yang berterabur tu dah dikutip.......riuh rendah kelas jadinya....kipas dah 'off' baru la senang nak buat kerja.....


Fatihah punya dah nak siap......


Teropong kelas 5 Amal pulak......


Wahh....besar ketupat diorang.....tapi apasal ketupat tu macam buah nanas je teacher tengok......nak salahkan siapa ni.....nak salahkan teacher za ke nak salahkan anak murid ni....



(Nak tau potongan kolaj tu teacher-teacher ambik dari mana....dari katalog avon teacher emma le....dealer avon sejak dari lepas sekolah lagi ni...memang berangan dari dulu lagi nak bukak butik avon tapi masa kerja pulak panjang....operasi butik dari pagi sampai malam....tak jadi lah...akhirnya buka tadika....pukul 1 tgh hr dah balik rumah...dapat luangkan banyak masa dengan anak-anak dan suami)










*

No comments:

Post a Comment