Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Showing posts with label Sains Eksperimen. Show all posts
Showing posts with label Sains Eksperimen. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Semai Benih

Anak-anak 4 dan 5 tahun di Lestari semai biji benih hari ni....apa lagi....biji kacang hijau la...itulah biji benih yang cepat mengeluarkan hasil dan mudah untuk lakukan penanamannya di tadika....kalau nak tanam biji benih jagung berbulan baru dapat lihat hasilnya....


"Dah tak sabar nak tanam biji benih ni"....


"Kapas dah letak teacher....lepas ni nak buat apa pulak".....


"Ni saya punya"....


"Yaaa....inilah hasil kerja kami petani moden"....




"Teacher...berapa hari kita nak tunggu daun dia keluar"....

"Esok haqeem boleh lihat proses seterusnya ya...lepas tu haqeem akan dapat jawapannya"....


Lepas tu kita beralih kepada kelas 5 Harmoni pulak....


Dah siap letak dekat dalam bekas....


"Berseni tak kerja saya teacher".....


"1...2...3..15....banyak jugak ye boleh muat satu bekas ni...dah jadi nanti boleh buat ulam nasi kerabu ni" Najihah...

"Ehh...ok jugak idea ko tu" Balqis.....


"Apsal ko tak siap-siap lagi hah...ko carik biji benih kacang Jack ye Adam....biji benih tu mana ada kat Malaysia...biji benih tu ada dekat negeri orang putih nun".....


"Ingat senang ke nak susun sampai jadi macam ni".....


"Hehe...teacher nak ambik gambar saya la".....








*

Friday, April 20, 2012

SCIENCE AGRICULTURE mulanya juga disini

Putra Perdana....sukanya diorang.....hari ni buat eksperiment.....semai biji benih.....

Tulis nama atas bekas semaian dulu.....


Sesi penerangan.......


Air 1 jak tu bukan untuk minum...tapi untuk siram biji benih yang di tanam nanti.....


Ni dia kapas kami yang lepas disiram dengan air.....


Lepas tu tabur biji benih pulak.....


"1,2,3...18...21.....eehhh alamak lupa pulak....tadi berapa ye....kena kira lagi sekali ni".....


Tekun.....


Ye...saya dah siap......


"Susun lagi kasi cantik".....


Bagus budak-budak ni...baca doa supaya nanti pokok boleh hidup subur.....teacher za suruh berdoa supaya biji benih yang disemai hidup subur....diorang siap baca surah Al-Fatihah lagi.....






*

SCIENCE AGRICULTURE

Hari Khamis yang indah dan dingin di Lestari Putra......

Hari ni murid 6 Damai ada sains eksperiment.....


Salina dah siap letak biji benih......


Masih menyusun......


"Semaian saya" Zulhilmi......


Faiz dah siap siram.....


Tapak semaian......



Lepas rehat ada latihan hafazan dan doa.....persiapan untuk menghadapi hari peperiksaan yang akan menjelang tiba tak lama lagi......



Alia Izzati......


Lepas baca, warna surah hafazan mengikut arahan yang diberi.....


Iman dah siap colour petak pertama.....


Haiippp.....buat apa tu.....


Syoknya dia conteng meja ye.....


4 tahun yang memang suka mewarna.....dinding kelas pun dah ada macam-macam corak.....


Cenyum cikit...hhmmmm......


Thaqifah ikut teacher baca.......






*

Sunday, July 24, 2011

Apa Yang Tenggelam, Apa Yang Timbul

Cerita hari Jumaat lepas......

Kalau dulu masa saya sekolah saya suka bila tiba subject Sains.....tu masa sekolah menengah....waktu sekolah rendah pula subject Alam Dan Manusia....sekarang subject tu dah tak de dah...dah tukar pada Sains.....

Kenapa saya suka bila tiba mata pelajaran sains.....belajar bukan di dalam kelas sendiri...pergi ke makmal...kebas punggung asyik dok dekat kerusi dalam kelas....

Selalu buat eksperimen.....tu yang paling best...tapi kalau nak tau masa saya tingkatan 1 -3 saya suka dengan subject sains tapi saya tak suka dengan cikgu mata pelajaran tu...ntah kenapa la agaknya....tapi dia ajar best....mungkin dia kerek kot....apekebendenye kerek tu....kerek tu aksyen la.....dengan anak murid tak mesra alam.....(apa le saya ni kan, ingat cikgu tadika ke nak mesra-mesra).....pada masa tu la saya tak berapa suka dengan dia...tapi sekarang kalau saya ada jumpa dengan dia saya nak berterima kasih padanya disebabkan dia saya sekarang jadi seperti sekarang ni...

Berbalik pada cerita budak-budak di tadika...apa yang mereka buat dengan teacher za pada waktu sains hari Jumaat lepas......


Haaa.....kerumun apa tu.....macam kerumun orang jual ubat dekat pasar malam je.....


Buat eksperimen rupanya.....benda apa yang tenggelam, dan apa yang timbul......









*

Monday, April 25, 2011

HASIL EKSPERIMEN 6 ILMU & 5 AMAL

2 hari cuti....konon-konon hari Sabtu nak datang tadika siram pokok yang budak-budak tu tanam....tapi malas la pulak....ahhh....hari Ahad kan ada....tapi hari ahad pun tak juga pegi tadika...padahal jarak tadika dengan rumah bukannya jauh pun....tapi hari ahad tu melepak je kat rumah....petang keluar pegi pasar malam.....nak singgah tadika malas pulak sebab dah nak dekat maghrib....jadinya pagi tadi sampai je kat tadika bukak je pintu bilik nampak pokok-pokok tu tumbuh punyalah tinggi....subur betul.....


ISNIN = HASIL SEMAIAN 6 ILMU





Cantik....dekat pucuk tu jadi warna pink pulak......






ISNIN = HASIL SEMAIAN 5 AMAL




Yang ni Ainy punya hasil semaian......


Yang ni Zannuba punya.....penuh satu bekas tu......






Friday, April 22, 2011

HASIL EKSPERIMEN & EKSPERIMEN 6 ILMU

JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 TAQWA

Dah menjadi-jadi tumbuhnya pokok toge tu....ni kalau tanam kat tanah boleh jadi pokok kacang hijau dah ni....senang nak buat bubur kacang......




Macam hutan dah.......






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 5 AMAL



Dah tumbuh tunas........






JUMAAT = HASIL SEMAIAN 4 MULIA






Pandai anak-anak murid teacher bercucuk tanam...baru 4 tahun.....





Dah tinggi.....






JUMAAT = 6 ILMU






Murid 6 Ilmu baru nak buat eksperimen hari ni.....pukul 9.15 pagi pegi kantin.....awal sikit sebab diorang ramai.....pagi-pagi lagi dah sibuk tanya kat saya....jadi ke hari ni nak buat eksperimen....tak sabar-sabar dah gayanya.....



Tengah tunggu teacher bagi bekas.....bagus murid 6 tahun ni...dah faham apa yang kita cakap.....tupperware tu kebanyakannya diorang bawak sendiri.....cuma lebih kurang 10 orang je yang tak bawak.....yang tak bawak ni mungkin masa teacher pesan suruh bawak tupperware tu ada yang tak datang.....





Gambar ni kita fokus pada burung-burung tu ye....tengah budak-budak tu riuh rendah nak buat eksperimen tadi banyak pulak burung-burung gagak tu datang......




Burung gagak pun nak belajar sains sekali.....tak terbang pulak tu masa saya halau tadi....khusyuk mendengar penerangan teacher za......




Ramai pelajar lelaki.....berpeluh tau nak kawal diorang ni....budak lelaki ni ligat....kalau budak perempuan senang sikit nak dengar cakap......



Cepat la teacher.....tak sabar dah ni.....ini geng budak-budak perempuan yang sentiasa bersemangat kat dalam kelas.....





Disebabkan diorang ni dah besar....air letak sendiri.....






Wan Hawani Aqilah....susun biji benih tu satu persatu.....apa-apa je la Hawani.....






Yang ni pun sama......teacher tak suruh pun buat macam tu....tapi diorang cakap "nanti kalau susun macam ni boleh tumbuh cantikkan teacher"......teacher jawab "ye la, tak de la bersepah tumbuhnya nanti"....







JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 5 TAQWA




Sebelum balik hasil tanaman yang dah tumbuh subur diserahkan pada murid untuk di bawak balik......





Sayur-sayur.....tersipu-sipu malu pulak teacher za.......






Panggil nama.....sorang demi sorang datang ambil......






Ada jugak yang buat muka kecewa sebab tak dapat pokok tu.....tak dapat sebab masa buat eksperimen hari Isnin lepas diorang tak datang.....





Fatin Aliya....Wah gayanya macam terima anugerah kecemerlangan pulak.....




Semua bangga dengan hasil tanaman masing-masing......










Budak baik 2 orang ni tengah belek pokok.....yang sebelah kanan tu Aiman...yang sebelah kiri Iman....nama dah dekat-dekat...tersasul-sasul saya kalau nak memanggil budak bedua ni.....




Kakak Aiman tu tahun lepas pelajar terbaik tadika ni......Pelajar Terbaik Tahun 2010......Harap-harap Aiman pun boleh jadi macam kakak Mashitah Huda juga ye tahun depan.....




JUMAAT = PENYERAHAN HASIL TANAMAN 4 MULIA




Masa ni pas kat teacher Intan bagi pokok tu pada murid-murid.....teacher za tak boleh tinggalkan kelas dia lama-lama....budak-budak tu kalau tak de teacher dalam kelas mula la buat bising....



Balik tanam ye Iffat, nanti senang mama Iffat nak buat bubur kacang.....petik je kat laman rumah....tak payah pegi kedai beli kacang hijau....heheh....



Wah....kagumnya....subur hasil tanaman saya......




Ehhhh....teacher ni....kacau je....orang nak belek pokok pun nak snap gambar.....


Seronok tengok gelagat budak-budak tu tadi......