Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, November 20, 2010

MAJLIS IHTIFAL 2010 TADIKA ISLAM NUR HAZIQ

14 Nov 2010 kami mengadakan Majlis Ihtifal di Dewan Putra Perdana....meriah sungguh....dah macam anugerah juara lagu la pulak....yang ala ala noraniza idris pun ada....siap bunga mangga bagai.....raja dan permaisuri semua ada la.....ada yang menangis tapi yang menari tetap menari bersungguh-sungguh.....terubat penat teacher gigih melatih murid-muridnya cuma dalam 2 minggu lebih sahaja....pelajar 5 tahun sedondon megenakan jubah warna biru...anak-anak 6 tahun punya persembahan menyentuh hati sikit...siapa sangka kan, baru berusia 6 tahun dah hafal zikir taubat....alhamdullihlah....kelihatan juga ibu bapa yang terharu dengan anugerah yang diterima anak-anak mereka....bukan anak murid saja yang dapat hadiah...teacher pun dapat juga....

Sunday, November 14, 2010