Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, February 22, 2011

Ada cerita lagi

Saya ni baru je nak belajar berblog ni. Tadi nak masukkan banyak gambar tapi 1 je yang terkeluar. Jadinya kena la buat lg sekali.

Gambar di diambil dari luar pagar tadika. Meriah dengan payung yg bewarna-warni. Senang orang nak cam tadika ni.

Murid2 6 Ilmu tgh tekun buat kerja yg teacher Sha bagi. Tgk tu si Adam. Duduk buat macam kt rumah sendiri je ye.


Uniform dah tukar warna, tahun lepas biru cair baju petak kecik2. Tahun ni kita nak bg ceria sket, jadi birunya dipekatkan dan ada perubahan sedikit pd designyer.

5 Amal masa ni mata pelajaran matematik

Eeh....nak inter frame jugak ye Harith Haykal.

Mata pelajaran bahasa arab di kelas 5 Taqwa. Gigih teacher Iza memadam. Kekadang tu bdk2 ni kita suruh tulis dlm tulisan jawi tp diorang tulis trengkas. Alamatnya kena la padam sbb dah benda lain pulak yg tertulis kt dlm buku tu.

Tekun. Belajar rajin-rajin. Lepas ni kita makan donat ye.

4 Mulia (4 thn). Subject Sains. 4 tahun dah belajar sains. Eeh....ada tak yang perasan....kebanyakan teacher ni membongkok...tu la pasal kami ni yang jadi guru tadika selalu sakit pinggang..kalau tak bongkok macam mana nk bantu murid2 menulis. Pakai kerusi & meja tinggi tak blh pulak sebab murid2 ni kecik2 lg.

Bewarna-warni gambar orang tu Umma....Umma ni baru 4 tahun...sapu tangan letak kat tepi...nanti bila rindu kt ibu...nangis-nangis sng nk lap air mata. Sibuk dok snap gambar je teacher emma ni...tgk jam kt dinding...dah nak rehat rupanya...apa menu kita hr ni...

Ni la menu hari ni....Kuih donat & air milo....

Mmmm.....sedapnya Irfan makan....

Lepas rehat ni nak panggil beberapa org bdk utk reading pulak...Nak tgk dah sampai mana tahap bacaan diorang....

No comments:

Post a Comment