Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Showing posts with label Cerita di BSP. Show all posts
Showing posts with label Cerita di BSP. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Hari Ambil Report Kad Di BSP

Hari ni di cawangan Bandar Saujana Putra adalah hari bertemu dengan ibu apa....dan ada juga yang datang untuk daftarkan anak mereka.....


Kaunter pendaftaran....macam kerja dekat JPN la pulak gayanya.....


Melayan tetamu yang datang.....kenapa muka lain macam je tu Irwan Shah?....ayoookkk...teacher cakap apa dengan ayah tu.....

2 keping ni je gambar yang sempat disnap....tu pun anak saya yang snapkan...tak sempat nak pegang kamera pun....dari pukul 8 - 10.50 pagi kami kena serbu.....







*

Tuesday, October 23, 2012

BEREHAT SEBENTAR

Sampai di cawangan Bandar Saujana Putra dalam pukul 8 lebih...agak lewat sikit sebab singgah di cawangan Putra Perdana dulu....

Aktiviti anak-anak di BSP sama seperti anak-anak di cawangan yang lain....masing-masing sibuk buat latihan untuk persembahan mereka....

Saya pun sibuk-sibuk jugak tumpang sekaki bagi buah fikiran....syok pulak bila tengok diorang nyanyi-nyanyi, menari-nari...teringat zaman sekolah dulu.....


Masing-masing kepenatan....rehat sekejap sebelum menunggu waktu balik....teacher pun keletihan sama....daripada diorang buat bising dalam kelas, lebih baik suruh diorang baring rehatkan diri....


Esok (Rabu 24.10.2012) adalah hari mengambil report kad di tadika cawangan Putra Perdana...cawangan yang lain, surat pekeliling akan menyusul nanti...tak boleh buat serentak sebab diri saya tak boleh berada di ketiga-tiga cawangan pada satu masa....

Sampai sini je entry ringkas untuk hari ni...esok kita sambung dengan cerita yang lain pulak....







Friday, April 20, 2012

RELAX N COOL

Tak de nak cerita apa.....layan je la gambar.....jom kita lihat anak siapa yang kena....


Harish Iman.....rambut macam artis korea.....


Adlyn Karmila.....tudung ala "Tuk Ti"......cer teka sapa Tuk Ti tu.....


Aqil...jangan bimbang pagi tadi Teacher Azi dah tenyeh odorono.....


Susah gak latihan ni.......


Ahli mesyuarat tingkap.....







*

Thursday, January 26, 2012

Saujana Yang Tenang





Cuti Chinese New Year 2 hari...hari Rabu sekolah buka semula.....perjalanan saya dari Putra Perdana ke tadika cawangan di Saujana amat-amatlah lancarnya....kebanyakan sekolah kebangsaan dan menengah termasuk le juga syarikat-syarikat korporat masih banyak lagi yang cuti....bertuah betul kita tinggal di bumi Malaysia ni kan...banyak betul cuti.....raya kita dah tentu le kita cuti sakan.....2 kali raya pulak tu....raya orang lain pun kita cuti jugak....bila dah banyak cuti ni risau jugak rasanya sebab nak kejar target murid boleh membaca tu bukannya senang.....


Lepas habis perhimpunan subject BM di kelas 5 Jujur......


Group yang sentiasa cepat siap bila diberi kerja.....bila dah cepat siap apa lagi beborak je le kerjenya......


Kumpulan murid 4 tahun.....ada 6 orang je....disebabkan tak ramai kami gabungkan dalam kelas 5 tahun.....cepat sikit jadi matang sebab bergaul dengan rakan yang lebih besar dari diorang......


"macam ni cara nak tulis huruf e"....teacher Azi......


Kelas 6 Amanah yang tak banyak kerenah.....





*