Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Showing posts with label Open Day. Show all posts
Showing posts with label Open Day. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Hari Ambil Report Kad Di Lestari

Ni cerita hari Jumaat (2.11.2012)...lambat update....sibuk sikit...sibuk dengan persiapan hari konvo yang akan berlangsung pada hari Ahad ni....

Cawangan yang ke 3 dan ini adalah yang terakhir...2 lagi cawangan dah selesai...ada ceritanya dalam entry yang lepas...

Kami sibuk bermula seawal pukul 7.30 pagi lagi...walaupun dalam surat pekeliling tertulis pukul 8.00 - 10.30 pagi tapi sekiranya ada ibubapa yang ingin datang awal kami sedia melayan....

Dalam masa sibuk dengan pertanyaan ibubapa yang ingin tahu perkembangan anak dan juga ada yang datang untuk mendaftar....saya sempat juga mencuri masa untuk snap beberapa gambar....tak dapat banyak sebab tak berkesempatan.....


Teacher Rubi dan ibubapa kepada muridnya....

Masa ni matahari terik memancar masuk ke dalam ruang kelas...nak tarik langsir nanti orang kata tak bagi masuk pulak...apa nak buat...tahan je la panas....tapi tak pe...matahari pagi.....


Ummi Syahirah Aisyah dan ibunya....Syahirah murid kelas 6 Damai...nampaknya tahun depan dah melangkah masuk ke Sekolah Kebangsaan la ye....


Haqeem dan ibu....tahun depan Haqeem 5 tahun...kita jumpa lagi Haqeem untuk tahun depan....


Kenapa tu Naushin...menyelit-nyelit dekat mamanya....


Azfar Aiman yang baru sihat dari demam panas...baru keluar wad....tangan pun masih ada kesan getah plaster.....sian kena cucuk dengan jarum sebab masuk air....di tadika si Azfar Aiman ni memang sentiasa aktif....

Program untuk hari ni berjalan sangat lancar...cuaca pun elok je....ramai yang mendaftarkan anak mereka untuk naik tahun (2013)....jadi kepada yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi sebab tempat adalah terhad.....







*

Wednesday, October 24, 2012

Report Kad Di Putra Perdana

Hari mengambil report kad murid di Putra Perdana hari ni telah berjalan dengan jayanya.....dekat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat saya snap....sibuk melayan parents yang nak daftar dan bertanyakan tentang anak-anak masing-masing....nak pegang kamera pun tak berapa nak sempat....di Putra Perdana kami ada lebih kurang 80 orang pelajar....suasana memang meriah la sikit...kami mula diserbu dari pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.45 pagi....

Surat pekeliling untuk hari Anugerah Kecemerlangan pun dah kami edarkan tadi di cawangan Putra Perdana....cawangan yang lain akan diedarkan lepas raya haji nanti....lambat sikit sebab peta lokasi tak siap lagi...bagi cawangan putra perdana tak perlu peta sebab memang ibu bapa dah tahu di mana letaknya Dewan Taman Putra Perdana tu...tapi mungkin ibu bapa pelajar cawangan yang lain tak tahu di mana kedudukannya...jadi pada surat pekeliling nanti saya akan lampirkan sekali peta lokasi dewan tersebut.....


Airiel dan ibunya....menunggu giliran nak jumpa Teacher Za.....


Kelas 5 Taqwa....Damia dan ibunya.....Damia dapat tempat ke 2 dalam peperiksaan...Tahniah....jangan lupa 11.11.2012 datang pada Hari Anugerah Kecemerlangan ambil hadiah.....


Kelas 5 Mulia.....Dania dengan ibunya.....


Apa yang teacher Siti sengehkan tu.....


Ibu bapa yang menunggu giliran untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing...terima kasih saya ucapkan kerana bersabar....








*

Friday, May 27, 2011

Hari Terbuka @ Hari Mengambil Rekod Kemajuan Pelajar

Ni cerita semalam......semalam tak sempat nak update blog......

26 Mei 2011 seawal 7.30 pg lagi sudah ada ibu bapa yang datang untuk mengambil report kad anak masing-masing walaupun saya tulis dekat surat pukul 8.30 pg hingga 11.30 pg.....tapi saya faham bukan semua ibu bapa boleh datang pada waktu yang ditetapkan...masing-masing ada tanggungjawab.....terikat dengan waktu kerja...sebab tu la teacher kat tadika kena datang macam hari belajar juga....pukul 7 pg mereka dah ada di tadika.......



Masa ni belum pukul 8.30 pg lagi........cuma ada sorang bapa dan sorang ibu pelajar je masa ni......masing-masing boleh berbual panjang dengan teacher sebab tak perlu risau akan Q yang panjang dibelakang......

Matahari memancar masuk sampai ke dalam kelas.....cuaca memang baik pada hari tu seolah-olah memberi lalaun agar mudah untuk ibu bapa datang ke tadika untuk mengambil keputusan peperiksaan anak masing-masing......


Yang tengah berbual dengan teacher siti ni bapa Aqil Fahmi......tahniah dari teacher untuk Aqil Fahmi dari kelas 6 Ilmu sebab dapat tempat pertama dalam kelas.......saingan memang hebat.....markah antara satu sama lain pun tak banyak perbezaan........


Yang ni mama Nor Fatihah.....cantik Fatihah hari ni berbaju kurung biru.......

Teacher Za tu tengah tak de parent yang jumpa dia, apa lagi tumpag sekaki le berborak......


Pukul 8.30 pg.....ibu bapa dah mula ramai ......kena duduk dulu menunggu giliran masing-masing......


Di depan pintu pagar tadika bersusun kereta....dah macam ada kenduri kawin pulak.......masa ni keadaan dalam tadika dah mula jem.....kerusi kat dalam kelas pun hampir tak cukup.......


Waahhh......Irfan dah macam rappers gayanya......

Masa ni dah mula lengang sikit......waktu ni lebih kurang pukul 10.30 pg.....kiranya waktu kemuncak diantara pukul 8.30 hingga 9.30 pagi sebab ada ibu bapa yang sebelum ke pejabat mereka singgah dulu dan ada juga yang ambil 'time slip' untuk 1 jam sahaja.......



Hampir pukul 11.15 pg dah......kami masing-masing melopong sebab dah tak de parents yang datang......jadi saya cakap dengan teacher semua "dah tak de yang datang dari pukul 11 tadi.....jom la tutup kedai"........

Lepas tu teacher-teacher pun apa lagi terus berdesup ke dapur cari makanan.....tak sempat nak sarapan pagi tadi sebab sampai je tadika dah kena serbu......mau tak lapo jadinye......lapar tau banyak guna tenaga sebab tak renti bercakap.......teacher za siap beli ais batu singgit.......dapat le buat teh o ais satu jak......lega tekak yang kekeringan nih......

Tengah kami bersiap nak balik mama kepada Nur Ain Zahiah datang.....orang terakhir yang datang.......


Untuk murid-murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang teacher ucapkan tahniah......kepada yang kurang bernasib baik, usaha dengan lebih gigih lagi......ada sekali lagi peperiksaan.....insyaallah akan diadakan pada bulan Oktober nanti.....


Kepada ibu bapa yang jadi follower saya, terima kasih sebab sudi meluangkan masa menjenguk ke sini.......




*