Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.
Showing posts with label tadika. Show all posts
Showing posts with label tadika. Show all posts

Wednesday, October 4, 2017

PENDAFTARAN TADIKA ISLAM NUR HAZIQ KINI DIBUKA


Ibu ayah yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda di tadika ini bolehlah menghubungi nombor yang tertera diatas atau terus datang ke tadika.  Kami mengalu-alukan kedatangan anda.

Untuk mengetahui segala aktiviti dan pembelajaran yang kami lakukan setiap hari, anda boleh melayari fb page tadikaislamnurhaziq

Tuesday, July 17, 2012

SELAMAT PAGI SEMUA

Rutin pagi seperti biasa ada assembly sekiranya cuaca di luar tak terlalu panas....alhamdulillah pagi ni cuaca di Putra Perdana mengizinkan kami beratur di halaman tadika.....


"Alamak aaiihhh...pagi-pagi ni mata kelabu asap pulak"....


Nyanyi lagu Negaraku.....


Diikuti dengan bacaan surah-surah hafazan dan doa....Aidien ni belum bersenam lagi dah berpeluh....


Baca doa dengan penuh semangat...agar dipermudahkan segala urusan pelajaran pada hari ni...terang hati.....


Senaman ringan juga tak dilupa...supaya tak mengantuk dalam kelas nanti...kalau teacher mengantuk boleh minum kopi....tapi tak kan budak-budak kecik ni nak dibagi minum kopi kalau mengantuk kan....


"Depa kan tangan...pusing arah depan...pastu belakang pulak....teacher suruh pusingkan tangan je ye...bukan lempang kawan kat sebelah pulak".....


Selesai semuanya aktiviti di luar....belajar la pulak....


Tekun...pandai anak-anak murid teacher....

Bersemangat si Azry buat kerja...tak payah nak duduk dah....berdiri lagi best....







*

Tuesday, February 22, 2011

Ada cerita lagi

Saya ni baru je nak belajar berblog ni. Tadi nak masukkan banyak gambar tapi 1 je yang terkeluar. Jadinya kena la buat lg sekali.

Gambar di diambil dari luar pagar tadika. Meriah dengan payung yg bewarna-warni. Senang orang nak cam tadika ni.

Murid2 6 Ilmu tgh tekun buat kerja yg teacher Sha bagi. Tgk tu si Adam. Duduk buat macam kt rumah sendiri je ye.


Uniform dah tukar warna, tahun lepas biru cair baju petak kecik2. Tahun ni kita nak bg ceria sket, jadi birunya dipekatkan dan ada perubahan sedikit pd designyer.

5 Amal masa ni mata pelajaran matematik

Eeh....nak inter frame jugak ye Harith Haykal.

Mata pelajaran bahasa arab di kelas 5 Taqwa. Gigih teacher Iza memadam. Kekadang tu bdk2 ni kita suruh tulis dlm tulisan jawi tp diorang tulis trengkas. Alamatnya kena la padam sbb dah benda lain pulak yg tertulis kt dlm buku tu.

Tekun. Belajar rajin-rajin. Lepas ni kita makan donat ye.

4 Mulia (4 thn). Subject Sains. 4 tahun dah belajar sains. Eeh....ada tak yang perasan....kebanyakan teacher ni membongkok...tu la pasal kami ni yang jadi guru tadika selalu sakit pinggang..kalau tak bongkok macam mana nk bantu murid2 menulis. Pakai kerusi & meja tinggi tak blh pulak sebab murid2 ni kecik2 lg.

Bewarna-warni gambar orang tu Umma....Umma ni baru 4 tahun...sapu tangan letak kat tepi...nanti bila rindu kt ibu...nangis-nangis sng nk lap air mata. Sibuk dok snap gambar je teacher emma ni...tgk jam kt dinding...dah nak rehat rupanya...apa menu kita hr ni...

Ni la menu hari ni....Kuih donat & air milo....

Mmmm.....sedapnya Irfan makan....

Lepas rehat ni nak panggil beberapa org bdk utk reading pulak...Nak tgk dah sampai mana tahap bacaan diorang....

Hari ni punya cerita


Lama betul tak update blog. Sibuk menguruskan tadika dan keluarga. Apa ye yang berlaku di tadika hari ni.


Gambar ni diambil dari arah pintu pagar. Tengok tu ada payung mcm kat kedai makan. Masa ni murid2 ada kt dlm kelas. Baru je masuk kelas. Kat bawah ni kelas 6 tahun, masa ni mata pelajaran bahasa inggeris.