Latihan untuk persembahan sempena hari Anugerah Kecemerlangan kami adakan sejak dari 24 Oktober 2011 lagi....habis je peperiksaan akhir tahun semua teacher gigih melatih budak-budak tu untuk persembahan masing-masing.....setiap kelas saya sarankan untuk mengadakan 2 atau 3 persembahan.....
Dua hari sebelum berlangsungnya majlis, guru-guru dan murid-murid mengadakan raptai penuh iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.....
Kelas 6 Ilmu menunggu giliran......
Semuanya berjalan lancar sebab murid 6 tahun ni dah besar....mudah faham apa yang teacher arahkan.....cuma ada sorang dua yang saja-saja buat tak faham....kadang-kadang tu mencabar kesabaran guru juga....tapi itulah cabarannya bila bekerja dengan anak-anak kecil ni...bukan semua perkara mereka boleh ikut dengan mudah dan rela hati diorang.....
Letih masing-masing menyanyi.....nasib baik tak hilang suara...... Murid 5 Taqwa.....mula-mula tu rasa cemas juga dengan murid-murid kelas ni sebab diawal latihan tu diorang tak nak beri kerjasama pada teacher rubi....tapi alhamdulillah pada minggu terakhir latihan tu masing-masing dah boleh terima arahan dengan baik.....
Gambar latihan untuk kelas lain tak snap sebab saya pun sibuk menyanyi dan menari dengan diorang sekali....habeh tu kalau dah kamera womennya pun turut sama beraksi siapa yang nak tangkap gambar.....jadinya tak de la gambar.....tapi kalau semuanya saya cerita dengan detail tak syok pulakkan.....tak de la kejutannya pada hari majlis tu nanti..... *