Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, April 29, 2011

Uniform Teacher

Tahun ni terlewat saya bagi kain untuk buat uniform teacher....konon-kononnya sibuk.....sibuk seperti tahun-tahun sebelum ni jugak....konon-kononnya la kan....anak masih 2 juga...lain la kalau anak dah bertambah mungkin jadi bertambah sibuk....tapi ntah la...kenapa la lambat....malas je nak keluar pegi carik kain.....nak pegi nilai 3 dari sehari ke sehari...asyik bertangguh je....nasib baik la awal minggu hari tu kak liza tokeh taska sebelah tu bawak kain.....pandai kak liza yeee....siap bawak 6 potong corak yang sama pulak tu....macam tau tau je saya memang tengah nak cari kain untuk buat uniform.....

Kali ni buat jamuan teachers day nampak gayanya tak sempat la nak melaram pakai baju sama ala la kumpulan marhaban tu....saya tempah pun belum lagi....teacher lain pun agaknya belum hantar tempah lagi...mana nak sempat pakai....16 Mei ni dah buat jamuan teachers day....



Ni la kainnya....cantikkkk....saya ni kalau warna merah memang cantik je.....uniform tahun lepas warna oren.....tak payah susah-susah teacher nak pakai minyak wangi dah bila pakai kain ni nanti.....baunya memang dah wangi....harum sungguh.....kainnye lembut macam sutera....siapa-siapa yang nak beli boleh jumpa kak liza tokeh Taska Islam Sri Indah (TISI) kat sebelah tadika Nur Haziq ni.....Waahhh....ni dah jadi macam iklan tak berbayar pulak.....



No comments:

Post a Comment