Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, April 13, 2011

AnAk-AnAk Ku

Kebiasaannya si Qash ni kalau tengah hari lepas balik tadika mesti tidur sekejap....pukul 3 dah kena ambik kakak kat sekolah.....tapi hari ni dia tak tidur pulak....kat dalam kereta pun tak tidur...sampai rumah pukul 6 ptg....hari ni lambat sampai rumah sebab gara-gara ayah budak-budak ni teringin nak makan pasembor....gerai tu dekat pukul 6 baru bukak....sampai rumah suruh mandi nak tengok kartun dulu pulak....jadinya.....
*

*

*

Dah dekat pukul 8 tak mandi-mandi jugak....mintak susu.....suruh mandi tak nak kononnya nak minum susu dulu....pastu terlelap.....bila tersedar merengek-rengek pulak dah.....

*

*

Makin galak pulak merengeknye....saya buat tak tau je....biasanya dia ni kalau bangun tidur tak de merengek pun....letih sangat le tu agaknye....tak cukup tidur.....badan pulak rasa tak selesa sebab belum mandi lagi.....



Peminat setia powerpuff girl.....tengok tu....terpampang gambar powerpuff girl kat baju......

*

* Si kakak punya hal pulak hari ni bergayut dengan kawannye....kawan dia yang telefon dia....tanya pasal homework katanya.....oooo....kecik-kecik dah pandai gayut ye.....

*

*

Tengok tu tangan sebelah lagi pegang ayam goreng..... * *
Amboiii.....asyiknye bersembang....makan tetap makan.....

*

*


Si Qash mengacau kakak.......dengki le tu.....dia tanya...."kenapa tak de sapa yang call Qash.....kalau ada pun ayah je"....awak tu baru 5 tahun Qash....

*

*

*

*

No comments:

Post a Comment