Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, February 14, 2012

KURSUS

 Ni bukannya cerita semalam, bukan juga cerita minggu lepas, bukan juga cerita 2 minggu lepas....tapi....cerita bulan lepas...

Tak kisah la....nak tulis jugak....sebagai kenangan buat diri sendiri dan teacher yang lain juga....

Kejadian ni berlaku pada 29 Jan 2012 di IYC, Cheras....kami sebahagian dari tenaga pengajar di Tadika Islam Nur Haziq menghadiri kursus selama 1 hari di International Youth Centre....naik kematu gak la muntut duduk kat situ dari pukul 8.30 pg - 5.00 ptg....tapi tak pe demi untuk menjamin kualiti yang terbaik untuk mendidik anak-anak di tadika, kami tak kisah...nanti bulan Disember ada lagi kursus anjuran KPM, bukan sehari tapi 3 minggu....peehh.....



Peserta kursus mengambil tempat masing-masing.....


Ucapan selamat datang dari tutor.....


Teacher Rubi dilantik menjadi ketua kumpulan....ada juga peserta dari tadika lain di meja kami.....


Berhenti rehat untuk makan tengah hari......


Bergambar dulu sebelum turun ke cafateria.....


Makan time....nasi beriani....tengok le pinggan masing-masing....jap lagi kelabu asap le biji mata sebab kekenyangan......


Kursus disambung semula pada pukul 2 ptg....


Menjelang pukul 5 petang kursus selesai.....teacher Rubi selaku ketua kumpulan mengambil sijil untuk kumpulan kami iaitu kumpulan C.....sebutannya bukan 'SI' ye anak-anak.....sebutannya adalah 'keh'....sebab kami hadiri kursus teknik pembelajaran untuk Bahasa Inggeris.....


Dapat hadiah lagi.....kumpulan kami juara sebagai pengumpul 'GOLD COIN' terbanyak.....maknanya kami banyak jawab soalan dengan betul....heheh...terer tak.....English yang digunakan ENGLISH BRITISH....jenuh gak la kami nak buat LOGHAT MR. BEAN..... 


 Hadiahnya....kongsi 6 orang....hadiah tu tak lah dikisahkan sangat...tapi bila dapat tempat pertama maknanya kami adalah yang terbaik....jadi apa yang disampaikan oleh tutor tu tak lah masuk telinga kanan keluar ikut telinga yang sama gak kan....meresap la dalam otak kami ni....jadi dapatlah mengajar anak murid dengan baik nanti.....


Team dari Tadika Islam Nur Haziq yang menghadiri kursus kali ni.....sebahagian lagi dah pergi tahun lepas....dan pertengahan tahun ni ada lagi 4 orang staff saya nak hantar....









*

No comments:

Post a Comment