Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Sunday, June 26, 2011

Jualan Bonet Kereta

Dari semalam lagi dah bercadang nak ke tempat ni......ke jualan bonet kereta atau bahasa inggerisnya CAR BOOT SALE.......tempatnya di Shah Alam berdekatan dengan Tesco dan Stadium Melawati......kenapa nama pasar tu car boot sale ye.....mungkin pada awalnya dulu peniaga di situ berniaga hanya dengan cara buka bonet kereta je...tak menggunakan meja dan khemah.....tetapi sekarang semua peniaga gunakan khemah dengan meja.......tapi apa-apa pun mungkin anak jati Shah Alam tau cerita yang sebenarnya.....

Lama betul pasar ni dah bertapak di situ.....ingat lagi kisah lebih 10 tahun lalu....masa nak bertunang dan nikah kat sini la saya cari barang-barang nak buat hantaran.....bunga telur, telekung, kain ela macam-macam lagi la......pilihan memang banyak dan kita boleh pilih nak yang murah ataupun mahal semua ada.........



Sampai di situ dalam pukul 9 pg......jalan sesak parking pun penuh......terpaksa la parking jauh sikit.....tak kisah la tu asalkan dapat parking......


Macam-macam benda ada jual....barang baru, barang lama semua ada.......


Besar betul pasar ni......tak kira panas pengunjung berpusu-pusu datang........


Pusing sana pusing sini....peluh berjejeh-jejeh turun....pastu ternampak pulak menatang ni.....eeiiii......geli pun ada sebenarnya.....gambar ni nampak besar sebab habis zoom ni....snap dari jauh sebenarnya.........


Macam biawak......tapi ni binatang padang pasir......bukan lahir kat Malaysia ni.....ni bukan warganegara la kiranya ni......tak silap saya namanya dhab....orang tu bukan jual haiwan ni tapi jual prodak yang dihasilkan dari haiwan ni....saya tengok ada botol kat tepi sangkarnya....mungkin krim kot.....tak tau cerita sebab tak singgah lama kat gerai ni.....seram le mak cik nengok si dhab ni.....


Kereta LAGI BEST ni pun ada jual kat sini jugak.......kepanasan makin menggigit kulit.......hubby je yang pegi belek-belek....saya dok tumpang berteduh kat kanopi orang jual kereta tu kejap......


Kereta pun ada jual kat pasar........


Haaa....apa pulak tu.....orang-orang yang berbaju purple tu........


Nampak tak tu.....yang tengah bergambar dengan pompuan 2 anak tu.....Shila Rusly......tengah buat pengambaran untuk rancangan ketuk-ketuk ramadhan kot......elok je muka dia.....tak cair pun mekap tengah panas ni......mana taknya tebal seinci.......muka saya berminyak dah macam letak minyak kat kuali nak goreng telur......"pegi la tangkap gambar dengan Shila Rusly tu" kata hubby......saya jawab "ehh....segan la"......orang pemalu macam saya ni tangkap gambar curik-curik dari jauh cukup la......

Ni je la gambar yang mampu disnap.....tangan penuh dengan plastik yang tergantung-gantung....susah nak pegang kamera.....

Rasa minggu depan nak pegi lagi....ada misi yang tak sempat nak diselesaikan......






*

No comments:

Post a Comment