Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, June 20, 2011

HaPpY FaThErS DaY

Semalam (Ahad 19 Jun 2011) adalah hari bapa.....bulan lepas hari ibu.....bulan ni hari bapa pula.....berapa orang diantara kita yang meraikan hari bapa ni.....saya percaya ramai yang meraikannya sebab pada masa sekarang ni ada je hari-hari istimewa akan hebohla diperkatakan di TV dan di mana-mana saja......budak-budak kecik macam anak-anak saya ni pun tau bila hari ibu dan hari bapa......

Anak dara saya pagi-pagi lagi dah bising tanya pada saya mana hadiah untuk ayah.....bila nak bagi.....selagi tak dipenuhi kehendak diorang riuh rendah rumah......saya bukannya tak ingat tapi disebabkan minggu ni tak keluar pasal tu la tak beli lagi hadiah untuk ayah diorang......agaknya dah kecewa sebab tak de hadiah untuk ayah diorang makanya diorang bagi je la kad hasil keras tangan sendiri......tapi tak snap pulak gambar kad tu.......

Lepas makan tengah hari baru keluar dengan kakak pegi carefour......sebelum tu pegi rayau-rayau kat Puchong Utama dulu.....ke Mydin Mart dengan Pasaraya Sakan.......


Dan inilah apa yang ayah diorang dapat.....perasan tak....masa mothers day pun saya dapat coklat macam ni juga......yang sebenarnya anak dara saya ni memang suka sangat makan coklat.....jadi bila beli untuk mama atau ayah lepas tu yang lebih makan diorang bedua la......

Apa pun hadiah yang diberi pada ayah, yang paling penting kasih sayang yang tak putus dan sentiasa hormat ayah kita sebagai ketua keluarga......Insyaallah kita akan rasakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat......







*

No comments:

Post a Comment