Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, April 4, 2012

APA CERITA....

Agak lewat sikit saya sampai di lestari, pagi tadi pegi ambik kuih dulu kat acik ani....menu makan anak-anak hari ni kuih donat dan air anggur....

Mari kita tengok apa yang terjadi hari ni.....


Pagi tadi tak sempat ambik gambar.....jadi kita tengok apa yang diorang buat lepas rehat.....

Kelas 5 Harmoni....mari belajar suku kata......


Dan lagi satu berita terkini....kami ada kawan baru....namanya Azfar Aiman....selamat datang ke tadika islam nur haziq kami ucapkan....hari ni ibu bapanya datang daftar dan terus tinggalkan aiman di tadika....senang je....aiman pun elok tak banyak kerenah....walaupun ni kali pertama jejakkan kaki di tadika ni, tapi dia pandai sesuaikan diri dan cari kawan.....


Dan sebelum balik.....ada sambutan birthday Nur Alia Izzati dari kelas 5 Harmoni.....semua kawan-kawan teruja dan nyanyi lagu happy birthday sama-sama......


Tunggu giliran birthday girl nak bagi goodies....ada yang sampai duduk kat atas meja lagi tu.....


Ok...jangan rebut-rebut...semua dapat.....


Pegi bagi goodies pada adik-adik di kelas 4 Benar pulak....

Yeaayyy...semua seronok nyanyi sambil tepuk-tepuk tangan.....


Birthday girl bergambar dengan adik-adik yang tengah seronok dapat jajan....


Pegi kelas 6 Damai.....


Semua dapat.....


Terima kasih Alia Izzati...tahun depan buat birthday lagi ye....







*

No comments:

Post a Comment