Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, October 22, 2011

Berapa Lama Boleh Tahan

Hari Sabtu minggu lepas (cerita minggu lepas baru nak tulis minggu ni).....ada pendaftaran untuk tadika di Taman Lestari Putra.....lepas habis sesi pendaftaran saya dengan anak sulung nak balik rumah, kami singgah di Giant dulu.....saja jalan-jalan je...tak de nak beli barang apa pun.....groceries untuk tadika dan rumah awal bulan dah beli....


Jalan punya jalan nampak le haiwan kat atas ni....beli le seketul buat main kat rumah....

Sampai kat rumah kelam kabut dia suruh ayahnya pam....hubby cakap "kenapa tak beli banyak, letak kat tadika boleh budak-budak main"....saya fikir "okey jugak tu kan".....

TAPI...

Berapa hari le agaknya menda alah tu boleh bertahan.....ntah-ntah 2 hari je habis penyek......








*

Hari Akhir Peperiksaan

Jumaat 21 Oktober 2011.....ujian amali untuk Hafazan dan Doa.....

Murid akan dipanggil seorang demi seorang untuk membaca surah-surah hafazan dan doa.....

Teringat pulak pengalaman masa zaman bersekolah dulu....saya ni masa sekolah dulu jenis orang yang gemuruh juga....bila waktu ujian lisan sentiasa rasa berdebar-debar.....nasib baik la bila dah dewasa ni tak macam tu...kalau tak susah la nak berdepan dengan ibu bapa palajar......


Kelas 6 Ilmu....sebelum dipanggil untuk baca depan teacher....baca beramai-ramai dulu.....


Kelas 5 Taqwa pun buat persiapan sebelum dipanggil seorang demi seorang......


Fatihah baca depan teacher Rubi....untuk ujian Hafazan dan Doa gred A, B atau C yang diberi kepada murid.....bergantung pada kelancaran bacaan mereka....A = Lancar,B = Sederhana, C = Tak de bunyi langsung (macam P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapok)....


Apa pulak kena mengenanya gula-gula dalam cerita ni.....gula-gula ni adalah upah untuk murid-murid 4 tahun supaya diorang baca hafazan dan doa dengan baik.....bukannya apa budak 4 tahun ni kalau nak suruh bukak mulut baca benda-benda yang berguna ni kadang-kadang tu susah....tapi kalau merapu tu memang bagus....kejap-kejap jadi ultraman....jadi boboi boy la....gula-gula tu kiranya macam ubat pembangkit semangat le....kalau nak gula-gula kena baca hafazan dan doa depan teacher....kalau tak nak baca, tak dapat.....


Kelas 6 Ilmu.....kelas ni semuanya BAGUS......alhamdulillah....moga-moga apa yang diajar teacher di tadika tak akan dilupakan walaupun dah masuk sekolah rendah nanti......surah-surah hafazan yang diajar di Tadika Islam Nur Haziq sama seperti surah hafazan darjah 1 sekolah rendah agama.....cuma kami ada lebih 2 surah iaitu Ayat 1000 Dinar dan Ayat Kursi.....








*

Hari Ketiga Peperiksaan

Khamis 20 Oktober 2011.....kejap je masa berlalu....sedar tak sedar dah masuk hari ketiga exam.....maknanya hari ni adalah hari akhir ujian bertulis....esok cuma ujian secara amali/lisan sahaja...

Cuma snap sekeping je gambar hari ni....tak banyak beza dari hari sebelum...tu pasal maleh nak snap banyak-banyak.......



Subject Bahasa Malaysia......

Nampak tak ada gambar peria dekat sebelah gambar buah tembikai tu....mungkin ramai dikalangan ibu bapa ni tak suka makan sayur peria ni disebabkan pahit....termasuk le encik suami saya.....bila dah tak suka, dah pasti sayur tu tak akan pernah ada dalam rumah kita kan....ramai le anak-anak kecik ni tak kenal sayur apakah itu....makanya ramai le jugak budak-budak tu yang jawab sayur peria tu manis....agaknye diorang ingat sayur peria tu buah, macam buah betik kot....buah betik kan rasanya manis....habih tu dah namanya exam kan....tak boleh le teacher nak bagi jawapan...pandai-pandai le korang jawab sendiri......sebelum ni teacher dah ajar yang sayur peria tu pahit....dalam subject sains pun ada....tapi mungkin tak tengok dan rasa secara reality....jadi budak-budak ni terkeliru....

Nanti tahun depan untuk subject Sains saya nak suruh teacher buat eksperimen sikit tentang buah-buahan dan sayur-sayuran yang jarang budak-budak kecik ni tengok.....nak bagi diorang pegang, tengok dan rasa sendiri.....

Memang dalam subject sains selalu buat eksperimen tapi topic buah-buahan dan sayur-sayuran belum pernah buat lagi.....tak pe tahun depan kita buat....lepas habis eksperimen teacher boleh bawak balik sayur tu masak buat makan malam.....

Sebenarnya ibu bapa pun boleh juga buat eksperimen dengan anak-anak....alah bukannya susah pun...pegi pasar malam boleh dikatakan setiap minggu....pegi Giant/Tesco/Carefour setiap bulan....apa salahnya sambil jalan-jalan dekat tempat sayur-sayuran tu kita kenalkan serba sedikit pada anak-anak kita....bagi tau diorang apa nama sayur tu....macamana rasanya.....sambil-sambil tu suruh diorang pegang....setakat pegang bukannya kena bayar pun kan....

Tu je la pesanan tuan rumah untuk entry kali ni....bai..bai.....








*

Wednesday, October 19, 2011

Hari Kedua Peperiksaan

Pagi ni cuaca agak terik.....rutin kami di tadika berjalan seperti biasa.....


Pergi jenguk kelas atas dulu.....5 Amal tengah nyanyi lagu Negaraku......doa juga tak dilupakan.....kami juga berpesan kepada budak-budak tu supaya baca doa moga-moga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan peperiksaan nanti.....


Dalam pukul 9.00 pagi intai kelas 4 Mulia.....subject Jawi.....


Khusyuk memasing mendengar apa yang dicakapkan teacher Intan......


Selesai intai mengintai kelas atas terus turun bawah.....kelas 6 Ilmu tengah jawab soalan matematik......gambar di atas Aziq, Dania dan Haziqah tengah jawab soalan pecahan....baru tadika dah ada topic pecahan....jadi budak zaman sekarang ni memang cukup-cukup mencabar....seingat saya masa zaman saya berumur 6 tahun, tak de pun belajar benda-benda tu semua....pergi tadika belajar A B C dengan mengira.....tu je la kerjanya.....main susun-susun blok, tepek-tepek plastesin....

6 tahun sekarang dah macam pelajaran darjah 2....sebab tu juga lah semua ibu bapa sekarang kalau hantar anak ke tadika apa yang mereka mahukan anak mereka boleh membaca.....kami guru-guru di tadika tanggungjawab sama macam guru sekolah rendah pada zaman saya budak-budak dulu.....kalau dulu masuk sekolah rendah baru belajar membaca...sekarang ibu bapa hantar anak umur 5 tahun ke tadika mesti pandai baca...kalau tadika tak boleh nak pandaikan anak mereka membaca alamatnya tak lama le tadika tu beroperasi....tutup le jawabnya...tak de orang nak hantar anak ke situ dah.....tapi hantar le anak ke sini, kami tenaga pengajar di sini akan berusaha keras bagi memastikan murid-murid di sini boleh membaca seawal usia 5 tahun lagi.....kalau tak percaya meh la try.....yuran tadika pun amat-amatlah berpatutan....(rasa macam dah lari tajuk pun ada)....









*

Tuesday, October 18, 2011

Hari Pertama Peperiksaan

Harinya telah pun tiba......dari pagi lagi semua teacher dan murid bersedia untuk peperiksaan....

Pukul 8.30 pagi tak de beratur di luar....menyanyi lagu Negaraku dan berdoa semua dibuat dalam kelas.....pukul 8.40 pagi peperiksaan bermula.....waahh...!..jalan cerita macam nak ambik SPM pulak.....



Pergi jenguk kelas......gambar di atas kelas 5 Amal tengah jawab kertas Bahasa Malaysia.....


Zakwan jawab soalan sendiri....dah tak payah tunggu teacher bacakan.....pandai je dia buat sendiri.....


Tengok apa kelas 5 Taqwa buat.....berbuih-buih mulut masing-masing mengira.....kertas matematik...patut la pun.....


6 Ilmu.....kelas ni senang.....masing-masing dah boleh baca....buat sendiri....cuma yang mereka tak berapa nak faham baru ada yang datang bertanya......pagi kertas Bahasa Inggeris lepas rehat kertas Bahasa Arab....

Kita tunggu apa pulak yang jadi esok......








*

Monday, October 17, 2011

EsOk PeRiKsA

Surat pekeliling telah lama diedarkan......hari yang dinanti akan tiba esok.....saya harap semua teacher dan murid bersedia untuk hari esok.....sekejap je rasanya, pejam celik pejam celik dah hampir setahun murid-murid ni belajar di sini.....lepas habis peperiksaan kami sibuk pula melatih murid-murid untuk persediaan hari konvo......


gambar kelabu asap lagi

Ni la dia surat pekelilingnya....ada 3 perkara dalam satu surat.....pertama berkenaan hari peperiksaan....kedua berkenaan cuti sempena hari Deepavali......ketiga berkenaan dengan hari mengambil rekod kemajuan pelajar.......


Jadual periksa untuk kelas 5 Amal.....


5 Taqwa.....


6 Ilmu.....


4 Mulia....

Peperikasaan akan berlangsung selama 4 hari...jadi saya harap semua murid-murid dapatlah menjaga kesihatan masing-masing supaya dapat hadir disepanjang hari peperiksaan......






*

Saturday, October 15, 2011

Happy Birthday Noor Haziqah Shazliyana

Hari Jumaat 14 Oktober 2011......sambutan hari lahir Noor Haziqah dari kelas 6 Ilmu.....apa lagi yang menyeronokkan kanak-kanak pada hari lahir mereka kalau bukan kek dan goodys yang akan dibagi pada kawan-kawan.....


Ni la keknya....nampak je kotak kek tu di dapur masing-masing tak sabar nak tunggu waktu rehat.....


Waktu yang ditunggupun tiba.....tersengeh-sengeh si birthday girl kat depan tu.....


Nyanyi lagu birthday untuk haziqah.......


Potong kek sambil pandang kamera....tu teacher siti yang potong tu....bukannya si birthday girl.....


Masa rehat tadi belanja makan kek....sebelum balik bagi goodys pulak pada kawan-kawan......masing-masing seronok.....

Cuti 2 hari ni jangan lupa ulangkaji pelajaran.....hari Selasa depan peperiksaan akhir tahun.....







*

Selamat Datang Teacher Hajjar

Ni cerita hari Isnin (10 Okt 2011).....kami warga Tadika Islam Nur Haziq mengalu-alukan kehadiran seorang lagi tenaga pengajar di tadika ini....Teacher Hajjar, tu la namanya....

Saya suruh dia datang ke tadika untuk training selama seminggu.....sebelum ni dia pernah ada pengalaman bekerja di tadika lain tapi walaupun ada pengalaman, cara kami mengajar di sini mungkin ada kelainan sedikit....jadi lebih senang setiap staff baru yang nak masuk bekerja di sini memang kalau boleh saya suruh mereka belajar dulu cara-cara bekerja di tadika ni dengan rakan-rakan yang lebih senior.....


Teacher Hajjar akan mengajar subject Bahasa Arab dan Jawi......gambar dekat atas tu sifu tengah menurunkan ilmu le tu.....teacher Intan akan di transfer ke Tadika Islam Nur Haziq cawangan di Bandar Saujana Putra dan dinaikkan pangkat menjadi supervisor di sana......setiap branch baru saya akan hantar staff lama untuk mengendalikan tadika yang baru supaya bagi mengelakkan tiada sebarang kelainan cara pembelajaran dan menjamin kualiti di setiap cawangan......


Teacher Intan akan mengajar subject yang sama juga di Bandar Saujana Putra tu nanti iaitu subject Jawi dan Bahasa Arab....

Kepada sesiapa yang membaca blog ni yang ingin menjadi sebahagian dari warga tadika islam nur haziq bolehlah menghubungi saya ditalian 016 3127 184....saya masih memerlukan 2 orang guru di cawangan Taman Lestari Putra, Seri Kembangan.....








*

Saturday, October 8, 2011

Borang Gambar

Surat/borang untuk membeli gambar diedarkan semalam....kepada ibu bapa yang ingin membeli gambar anak bolehlah mengisi borang yang telah diedarkan kepada anak masing-masing dan diserahkan kembali kepada pihak tadika bersama dengan wang bayaran secepat mungkin... ambooiihh...macam memaksa pulak dah bunyiknya....bukannya apa...lepas selesai semua ibu bapa order baru boleh cuci....ye la kan mana la tau kot-kot ada yang tak nak beli......


Gambar kelabu la pulak....

Macam ni le suratnya....kalau ada anak-anak yang tak serahkan surat ni pada tuan/puan silalah selongkar bag anak.....




Pagi tadi Qash bising suruh ayahnya isi borang tu ....ni diantara dialognya....


Qash : Ayah...!..ni ada surat...teacher kata surat ni kena isi lepas tu hantar pada teacher balik....kalau tak nanti Qash tak dapat gambar......

Ayah : Aiikkk....Qash pun kena isi borang jugak ke...?...

Qash : Ye la....nanti semua orang dapat gambar....Qash sorang je yang tak dapat kalau ayah tak isi surat tu....

Tu le kan....budak kecik ni dia bukan tau apa....selalunya apa kata teacher semuanya betul...senang je nak ikut.....senang je nak dengar cakap....padahalnya tadika tu mak pak dia yang punya.....tapi dia suruh jugak - jugak isi surat gambar tu....

Kadang kala ada juga saya dapat panggilan daripada para ibu suruh kami teacher di tadika nasihatkan anak diorang supaya rajin mandi la, rajin gosok gigi la....ada jugak yang mintak nasihatkan anak diorang supaya jangan jadi penakut....suruh kami cakap yang hantu tu sebenarnya tak de...haa...ni sebenarnya banyak sangat cerita hantu kat dalam TV la ni...sampai budak-budak terpengaruh...dah mak bapak terpaksa mintak tolong kami nasihat anak diorang....tapi semua kes alhamdulillah dapat kami selesaikan dengan jayanya...tu la kan...kalau cakap techer memang diorang senang nak dengar dan ikut......eehh...dah lari tajuk daaa.....

OK la ye...kita jumpa lagi di lain entry.....





*

Menguji IQ

Hari Khamis datang lagi.....seronok le budak-budak tu....sebab hari ni ada aktiviti bebas....tapi malangnya saya sempat intai kelas 6 Ilmu je...yang lagi 3 kelas dekat atas tak sempat nak intip...sibuk semak dan susun jadual exam akhir tahun....exam dah hampir tiba....JAGA-JAGA, KENA STUDY, NANTI KANTOI....haaa...ingat KIAH PROPA dalam rancangan Galaksi tu je ke ada tag line....teacher Emma pun ada jugak.....

Mehh kita tengok apa diorang buat.....



Nampak baik dan tekun je semua....diorang ni kalau buat kerja-kerja macam ni memang baik je mood tu....


Apa la agaknye yang diorang tekun buat tu.....siap gunting-gunting lepas tu gam pulak lagi tu......


An Nur Fitrisya tengah tekun menggunting.....

Sebenarnya diorang ni tengah cantumkan gambar yang ditinggalkan kosong tu......macam puzzle la.....mula-mula tulis nombor dekat bulatan kosong yang ada di tepi gambar lepas tu baru gunting dan tampal......kena cari jawapan dulu baru gunting...kalau terus buat je nanti takut tersalah tampal pulak.....



Nur Muhammad Haziq dah siap.....namanya macam nama tadika.....


Omar yang nak interframe......sibuk mengendeng-ngendeng dekat saya nak tangkap gambar....

Seronok tengok diorang buat kerja....kecik lagi tapi tak susah pun nak explain macamana nak buat....masing-masing pandai bawak diri dah....

Teacher nak ucapkan selamat berjaya kepada murid-murid 6 tahun yang ambil ujian kelayakan darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1 pada 29 Oktober ni.....







*

Wednesday, October 5, 2011

Sekitar Hari Fotografi

Di sini saya masukkan beberapa gambar sekitar hari fotografi.....


Waktu ketika ni baru pukul 8.30 pagi tak silap saya...kameraman pun belum sampai lagi....jadi murid-murid diarahkan duduk diam-diam...jangan main berlari sana sini nanti berpeluh dah tak lawa nak bergambar......


haa...dah mula la tu...tak bagi main lari-lari...main songkok pulak kacau orang yee......


Beberapa orang murid perempuan dari kelas 6 Ilmu.....


Berseri-seri masing-masing.....


Macam kumpulan nasyid pun ada.....


Murid-murid perempuan kelas 5 Taqwa........


Hero-hero kami......


Muat pun....penuh kelas 6 Ilmu kat bawah tu bila semua sekali bergambar......


Riuh.....


Lebar senyuman anak-anak dara yang kat depan kamera ni......teacher kat belakang tu dah letih nak menyengih.....


Sesi bergambar beramai-ramai dah selesai...yang si Annisa tu masih larat lagi menyengih dari tadi....memang suka bergambar budak sorang ni.....


Geng murid perempuan 5 tahun dari kedua-dua buah kelas.....


Ainy (yang buat jari peace tu)....kembar Qash di tadika.....dua-dua nembam....

Masing-masing happy masa hari bergambar...tapi teacher semua berpeluh-peluh nak mengawal budak-budak kecik ni....dalam gambar muka berkilat bagaikan cermin....bila orang suruh berdiri ada yang pusing-pusingkan badan la...ada jugak yang nak melompat....sabau je la....tapi macam mana pun teacher za tetap maintain....kejap-kejap sapu bedak.....heheh...sori ye za pecahkan rahsia....









*