Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, October 8, 2011

Menguji IQ

Hari Khamis datang lagi.....seronok le budak-budak tu....sebab hari ni ada aktiviti bebas....tapi malangnya saya sempat intai kelas 6 Ilmu je...yang lagi 3 kelas dekat atas tak sempat nak intip...sibuk semak dan susun jadual exam akhir tahun....exam dah hampir tiba....JAGA-JAGA, KENA STUDY, NANTI KANTOI....haaa...ingat KIAH PROPA dalam rancangan Galaksi tu je ke ada tag line....teacher Emma pun ada jugak.....

Mehh kita tengok apa diorang buat.....



Nampak baik dan tekun je semua....diorang ni kalau buat kerja-kerja macam ni memang baik je mood tu....


Apa la agaknye yang diorang tekun buat tu.....siap gunting-gunting lepas tu gam pulak lagi tu......


An Nur Fitrisya tengah tekun menggunting.....

Sebenarnya diorang ni tengah cantumkan gambar yang ditinggalkan kosong tu......macam puzzle la.....mula-mula tulis nombor dekat bulatan kosong yang ada di tepi gambar lepas tu baru gunting dan tampal......kena cari jawapan dulu baru gunting...kalau terus buat je nanti takut tersalah tampal pulak.....



Nur Muhammad Haziq dah siap.....namanya macam nama tadika.....


Omar yang nak interframe......sibuk mengendeng-ngendeng dekat saya nak tangkap gambar....

Seronok tengok diorang buat kerja....kecik lagi tapi tak susah pun nak explain macamana nak buat....masing-masing pandai bawak diri dah....

Teacher nak ucapkan selamat berjaya kepada murid-murid 6 tahun yang ambil ujian kelayakan darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1 pada 29 Oktober ni.....







*

No comments:

Post a Comment