Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, October 19, 2011

Hari Kedua Peperiksaan

Pagi ni cuaca agak terik.....rutin kami di tadika berjalan seperti biasa.....


Pergi jenguk kelas atas dulu.....5 Amal tengah nyanyi lagu Negaraku......doa juga tak dilupakan.....kami juga berpesan kepada budak-budak tu supaya baca doa moga-moga dipermudahkan untuk menjawab semua soalan peperiksaan nanti.....


Dalam pukul 9.00 pagi intai kelas 4 Mulia.....subject Jawi.....


Khusyuk memasing mendengar apa yang dicakapkan teacher Intan......


Selesai intai mengintai kelas atas terus turun bawah.....kelas 6 Ilmu tengah jawab soalan matematik......gambar di atas Aziq, Dania dan Haziqah tengah jawab soalan pecahan....baru tadika dah ada topic pecahan....jadi budak zaman sekarang ni memang cukup-cukup mencabar....seingat saya masa zaman saya berumur 6 tahun, tak de pun belajar benda-benda tu semua....pergi tadika belajar A B C dengan mengira.....tu je la kerjanya.....main susun-susun blok, tepek-tepek plastesin....

6 tahun sekarang dah macam pelajaran darjah 2....sebab tu juga lah semua ibu bapa sekarang kalau hantar anak ke tadika apa yang mereka mahukan anak mereka boleh membaca.....kami guru-guru di tadika tanggungjawab sama macam guru sekolah rendah pada zaman saya budak-budak dulu.....kalau dulu masuk sekolah rendah baru belajar membaca...sekarang ibu bapa hantar anak umur 5 tahun ke tadika mesti pandai baca...kalau tadika tak boleh nak pandaikan anak mereka membaca alamatnya tak lama le tadika tu beroperasi....tutup le jawabnya...tak de orang nak hantar anak ke situ dah.....tapi hantar le anak ke sini, kami tenaga pengajar di sini akan berusaha keras bagi memastikan murid-murid di sini boleh membaca seawal usia 5 tahun lagi.....kalau tak percaya meh la try.....yuran tadika pun amat-amatlah berpatutan....(rasa macam dah lari tajuk pun ada)....









*

No comments:

Post a Comment