Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 30, 2012

Star Di Bandar Saujana Putra

Ramadan datang lagi....kami warga tadika islam nur haziq ada cara macamana nak bagi anak-anak kecil berpuasa....selalunya ibu bapa akan beri ganjaran duit raya...itu dah biasa....dari zaman saya kecik dulu pun dah biasa parents lakukan...
 
Budak-budak ni diorang suka kalau apa sahaja perkara yang diorang lakukan...lepas tu dapat ganjaran segera...tak tunggu lama-lama...haaa...tu memang mereka suka...kalau saya nak janji dengan diorang "siapa puasa hari ni dapat duit"....naya la saya...bankrup tokeh....budak sekarang kalau seposen dua tak main laa...paling koman seringgit....jenuhhh la kalau sampai sebulan.....
 
Jadi.....



Siapa puasa teacher bagi star....


Masing-masing seronok nak dapatkan star....


Kami tak memaksa mereka berpuasa...diorang ni pun kecik lagi...tapi kami percaya pada kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"...kalau dah jadi buluh tua nak dilentur dah susah...patah terus la jadinya...

Jadi kami beri star sekeping sehari pada mereka yang berpuasa...tak puasa tak dapat star...tak kisahlah kalau diorang balik rumah diorang berbuka...tapi selagi mereka tak makan dan minum di tadika kami akan bagi star puasa pada mereka......
 

Tampal sendiri...itu yang paling seronok....




Ini gambar untuk hari pertama berpuasa di tadika iaitu 23 Julai 2012....tak pe...pelan-pelan...insyaallah pasti akan bertambah......


Murid 6 tahun punya jadual....

Untuk berita yang lebih lanjut...sila ke facebook page tadika islam nur haziq......









*

No comments:

Post a Comment