Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, November 8, 2012

Happy Birthday Zaid Khir Walid

Rezeki dan makan-makan lagi di Putra Perdana.....pada hari Selasa 6.11.2012 genap umur Zaid Khir Walid 5 tahun....ibunya bawakan 2 biji kek dan goodies untuk kawan-kawan satu tadika.....


Spiderman....nampak real je muka spiderman ni....


Yang ni kesukaan semua teacher....sedap...rasa macam ferrerreroshe pun ada...ehh...betul ke ejaannya tu...kalau tak betul pun buat-buat faham je la yea...

Kedua-dua kek ni ibunya yang buat sendiri...tak heran la keknya cantik dan sedap macam kek dekat kedai resepi rahsia tu sebab ibunya chef pastry hotel....hotel mana saya tak pasti pulak...tak silap saya hotel Sunway Resort kot....

Memang sedap-sedap kek buatan ibu Zaid ni, sebab saya pernah tempah kek buatannya....tak caya try la order seketul...waaahhh...dah macam iklan la pulak.....


Goodies colour pink....


Colour kuning...tapi dalamnya sama je....


Ni la tuan empunya kek....


"Pilih, Mana satu nak potong dulu" Teacher Za.....


Zaid mengarahkan Spiderman dikorbankan dulu...

Ingat Spiderman tu lembu...dikorbankan sempena Hari Raya Qorban.....


Duduk makan dengan kawan-kawan....


Macam PATI nak dihantar balik negeri je....


Anak sapa la tu.....


Oooo...tunggu turn Zaid nak bagi goodies....


Zaid kena serbu....


Dan berakhirlah sudah birthday yang penuh meriah pada hari ini....

Di cawangan Lestari pun ada birthday juga hari ni sebenarnya....birthday Nur Salina dari kelas 6 Damai....maknya bawak bakso, roti dan juga goodies...terima kasih sebab bawak makanan yang banyak...taska disebelah pun merasa bakso mak Salina...sebab banyak, teacher hantar separuh ke taska tu....tapi saya tak dapat join majlis di sana sebab Zaid dah cop saya seminggu lebih awal....

Saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Zaid dan Salina...semoga menjadi anak yang berguna kepada keluarga, agama dan negara.....







*

No comments:

Post a Comment