Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, September 12, 2011

Berapa Banyak Star Diorang Dapat

Masuk hari ni dah 14 hari Ramadan meninggalkan kita....maknanya dah 14 hari la kita beraya....bertuah betul kita sebagai umat Islam ni kan...raya sampai sebulan.....

Sepanjang bulan Ramadan kami bagi star kepada murid-murid yang berpuasa....jadi Syawal dah menjelang tiba mari kita tengok siapa yang banyak berpuasa......



Dari apa yang kita tengok ni ramai yang berpuasa.....budak-budak sekarang ni kuat.....untuk mendidik mereka ni berpuasa ibu bapa, guru dan orang disekeliling pun perlu kuat semangat juga....kalau ada sikap kesian tak bertempat....tak menjadi la nak naikkan semangat budak-budak kecik ni supaya meneruskan puasa sepanjang hari......


Kelas lain saya tak sempat nak snap gambar carta diorang....asal naik kelas atas lupa bawak kamera......tadi saya tengok carta dah masuk dalam stor.....malas pulak saya nak bentang balik.....tapi dari apa yang saya tengok ramai juga yang berpuasa....salah sorang daripadanya ialah Qash....sepanjang bulan Ramadan cuma 2 hari je Qash tinggal puasa.....puasa penuh tau bukan puasa separuh hari.....

Tarikh Jamuan Hari Raya Aidilfitri di tadika sudah ditetapkan...sila rujuk pada BERITA TIBA-TIBA....sepanjang Ramadan 30 hari berpuasa.....berapa kilo sangat la berat badan yang turun....tapi sepanjang Syawal kita makan je...berapa kilo pulak berat badan yang bertambah... ni ayat nak tanya pada diri sendiri sebenarnya....tapi tanya la sekali pada pembaca blog pun boleh jugak kan.....heheh.....











*

No comments:

Post a Comment