Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, September 12, 2011

TADIKA ISLAM NUR HAZIQ 2

Minggu lepas pergi cawangan ke 2 di Bandar Saujana Putra.....rumah dah dibersihkan.....bahagian dalam cuma tinggal nak masukkan perabut dan barang-barang kelengkapan lain.....perabut akan dimasukkan peringkat demi peringkat sebab memandangkan ni tempat baru nak kena tengok berapa orang student yang masuk.....seperti biasa bulan 12 akan diadakan kelas membaca seperti di cawangan pertama (Putra Perdana)......


Wet kitchen....dapur basah kata orang Melayu......jadi, bahagian dapur yang ini akan digunakan....dry kitchen akan diletakkan kabinet untuk meletak makanan sahaja.....


Ni bilik yang dekat tingkat bawah.....ni akan dijadikan pejabat.....


Lokasi berdekatan dengan Surau An-Nur, Bandar Saujana Putra.....


Surau di Jalan 4/16.....tadika islam nur haziq 2 di jalan 4/17......


Nampak surau, akan nampak la tadika kami.....


Halaman pun dah dikemaskan....segala pokok dan batu step semua dah dibuang.....sayang pulak rasanya...tapi nak buat macamana tadika tak boleh ada benda-benda yang membahayakan kanak-kanak....jadi terpaksalah buang semua benda tu......


Cuma yang masih ditinggalkan pokok pisang kaki 2 batang dekat belakang tu dengan ada 2 batang lagi pokok besar berhampiran dengan wet kitchen dekat belakang rumah...kawasan lapang tu akan dijadikan tempat perhimpunan....dinding luar belum cat lagi.....mungkin minggu depan baru start project cat mengecat.....

Cerita untuk cawangan 3 akan di update kemudian......







*

No comments:

Post a Comment