Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, July 17, 2012

SELAMAT PAGI SEMUA

Rutin pagi seperti biasa ada assembly sekiranya cuaca di luar tak terlalu panas....alhamdulillah pagi ni cuaca di Putra Perdana mengizinkan kami beratur di halaman tadika.....


"Alamak aaiihhh...pagi-pagi ni mata kelabu asap pulak"....


Nyanyi lagu Negaraku.....


Diikuti dengan bacaan surah-surah hafazan dan doa....Aidien ni belum bersenam lagi dah berpeluh....


Baca doa dengan penuh semangat...agar dipermudahkan segala urusan pelajaran pada hari ni...terang hati.....


Senaman ringan juga tak dilupa...supaya tak mengantuk dalam kelas nanti...kalau teacher mengantuk boleh minum kopi....tapi tak kan budak-budak kecik ni nak dibagi minum kopi kalau mengantuk kan....


"Depa kan tangan...pusing arah depan...pastu belakang pulak....teacher suruh pusingkan tangan je ye...bukan lempang kawan kat sebelah pulak".....


Selesai semuanya aktiviti di luar....belajar la pulak....


Tekun...pandai anak-anak murid teacher....

Bersemangat si Azry buat kerja...tak payah nak duduk dah....berdiri lagi best....







*

No comments:

Post a Comment