Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, May 9, 2013

EXAM DI LESTARI

Peperiksaan semester pertama telah pun bermula pada 7/5/2013 hingga 10/5/2013 di dua cawangan iaitu Taman Lestari Putra dan Taman Putra Perdana....satu lagi cawangan akan bermula lewat seminggu iaitu minggu depan kerana diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan....

Cuma ada beberapa gambar sahaja yang sempat saya ambil...bukannya senang nak layan kerenah anak-anak kecik exam...nak pegang kamera pun tak berapa nak sempat....



4 benar tengah jawab kertas Bahasa Melayu pada hari pertama peperiksaan....


Khaleef tekun menjawab soalan...eehhh....awak kidal yeee.....


"Adeh laaa...amende ni...mana satu jawapannya ni" Amir....

Kertas BI untuk 6 tahun.....



Tenang menjawab...


Kat bawah ni gambar hari ke 3 peperiksaan di Lestari.....



Eeehhh...ajar kawan ke pulak tuuu.....


Kertas BM...senang kacang je tu kan....


Aksi Nashriq yang confident menjawab soalan....bab suaikan tu laju je...bila sampai bab yang kena tulis-tulis....banyak alasan dia...penat la...kenapa banyak sangat nak kena tulis....


"Cuba tengok ni teacher...semua betul..kan...kan...kan" Adam....

"Ye...betul...Adam memang pandai" Teacher Emma....


Esok hari akhir exam...seminggu lagi ibu bapa akan dapat keputusan peperiksaan anak mereka....





*

No comments:

Post a Comment