Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, July 18, 2011

Gambar Sekitar Hari Sukan

Ahad, 17 Julai 2011...masanya telah tiba....seawal pukul 7 pg lagi kami teacher-teacher dah sampai di dewan....sampai je terus kelam kabut buat apa yang patut...nak sarapan pun tak sempat.....


8 pagi kaunter pendaftaran dah mula sibuk.....makin ramai pelajar yang sampai.....ibu bapa juga diberi peluang untuk mengambil satu nombor cabutan bertuah....tapi pukul 8.30 pg kaunter pendaftaran terpaksa ditutup sebab teacher ada tugas yang perlu dilaksankan.....jadi bila kaunter dah tutup.....balang cabutan bertuah pun tutup la sekali.....mana-mana ibu bapa yang datang lewat tak dapat la nak mencabut nombor....tapi saya sangat-sangat berterima kasih kerana walaupun ada ibu bapa yang datang selepas kaunter pendaftaran ditutup, tapi mereka tetap menyumbang hamper kepada pihak tadika untuk dijadikan cabutan bertuah.....


Murid-murid beratur mengikut rumah sukan masing-masing.......


Ambil kedudukan masing-masing......


Tangan angkat....tangan jatuh......

Bagi memastikan barisan tak bengkang-bengkok.....


Sebelum memulakan sesuatu mesti baca doa dulu....walaupun bersukan....perkara ini sudah kami terapkan dari awal lagi mereka bersekolah di tadika ini.....


Masih baca doa......


Selesai baca doa muzik pun berkumandang dan bermula lah raptai dari kontinjen-kontinjen kecil kita.......


Berjalan dalam barisan....


Hati-hati longkang tu.....


Ketua paling hadapan Muhammad Rayyan Shah mengetuai perbarisan diikuti pemegang sepanduk Muhammad Omar dan Nila Natasya.....pemegang board rumah kuning Abid Muqri, rumah hijau Adam Haiqal, rumah merah Muhammad Ashraf Mohd Safhar dan rumah oren Wan Hawani Aqilah.....

Tapi masa saya snap gambar ni 3 rumah lagi tak sampai.....


Selesai raptai selepas buat tepuk semangat semua murid dan teacher mulakan senamrobik yang dipimpin oleh teacher intan.....


Bukan main semangat lagi si Abid beraerobik pegang pom pom siap dengan mimik muka sekali....


Penuh dengan ibu bapa yang mengambil gambar....


Bersemangat teacher intan.....semua teacher sporting hari tu.....


Qash dengan gaya pemakaian tudungnya yang tersendiri.....reben pada setiap tangan murid mewakili rumah sukan mereka....kalau kuning maknanya mereka rumah kuning.....


Selesai beraerobik murid-murid diarah ke tempat menunggu iaitu di pintu paling hadapan dewan dan acara sukan dimulakan.....

Acara pertama murid lelaki 6 tahun lari kepit belon di kaki.....


Murid 4 tahun...gorila kepit belon.....masa lari ada belon yang terbang pegi ke tempat lain....dalam dewan ada kipas...belon tu ringan...apa lagi terbang tinggi le belon tu bila kena angin kipas....


Masing-masing suka dapat belon...masa ni diorang tak tau lagi yang belon tu kejap lagi teacher mintak balik....bukannya kedekut tapi kalau dah main belon siapa pulak yang nak bersukan nanti.....


Amboi teacher siti macam tengah memeriksa perbarisan kawat tentera je.....


Murid 6 tahun perempuan lari masuk gelung.....ataupun ada yang panggil sukan ni gelung berhalangan.....


Tarik jangan tak tarik.......


Ehhh...macamana pulak gambar ni boleh tersesat kat sini pulak...acara ni acara yang pertama sekali tadi.....


Ni team ke 2....acara tarik bola guna gelung......


Baling bonjot masuk dalam bakul sampah......


Murid perempuan 5 tahun pulak bersedia untuk acara baling bonjot masuk dalam bakul sampah...


Sampai tergolek bakul sampah tu.....tak silap saya Anissa juara dalam acara ni....yang buat bakul sampah jadi tergolek tu la....


6 tahun perempuan susun tin jadi piramid.....mencabar acara ni sebab bila budak-budak tu dah susun tin tu elok-elok tiba-tiba tumbang lepas tu kena susun lagi sekali......


Acara 5 tahun susun tin 3 tingkat....diorang ni tak susun tinggi....sebab susah nak menjadi.....jadi 3 tingkat cukup la.....


6 tahun lelaki susun tin jadi piramid....Iman Asyraf pemenangnya tak silap saya....budak yang dekat sebelah kiri tu....


Acara terakhir untuk murid-murid....ini acara yang paling syiok sekali....4 tahun kutip gula-gula......lepas kutip, gula-gula tu boleh ambik terus.....yang best tu, sepatutnya bila bunyi wisel yang ke 2 diorang kena lari ke garisan penamat.....tapi masih ada lagi yang leka kutip gula-gula....diorang buat tak tau dengan bunyi wisel tu....

Tak kisah la...janji semua enjoy.....anak-anak pun seronok.....



Waktu rehat......Ustazah Liza tengah edarkan makanan pada murid-murid.....ustazah ni saya kidnap dari sekolah agama KAFA.....jadi guru bantuan......tak cukup kakitangan...kena ambil tenaga kerja dari luar.....


Lepas rehat selama lebih kurang 30 minit acara guru,ibu dan bapa pun bermula.....


Haahh...amek kau...pijak lagi......


2 finalis sedang bertarung bagi merebut hadiah paling lumayan.....hadiahnya...rahsia.....


Gelung muzikal.....diorang ni mengelat betul tau...permainan ni sepatutnya pusing keliling gelung tu sambil menari...tapi semua pakat tak nak menari.....adooiihh...letih mak suruh menari nak ooiii.....

Ni cuma beberapa gambar dari kamera saya....ntah cemana boleh pulak kehabisan bateri....tak dapat nak snap gambar yang lain-lain.....nanti esok upload gambar dari handphone hubby.....gambar masa penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan pemenang keseluruhan.....masa nak ambik gambar yang penting ni pulak bateri kamera boleh habis....

Tadi ada parent yang email pada saya gambar masa hari sukan tu...nanti esok saya masukkan.....


**Pada ibu bapa yang ada gambar-gambar yang menarik bolehlah email pada saya....boleh kita kongsi gambar sama-sama dan saya masukkan dalam blog ni.....









*

No comments:

Post a Comment