Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, July 7, 2012

Foto Kenangan Kursus PLGPS pt 1

Pada cuti sekolah yang lepas kami guru-guru tadika islam nur haziq pergi kursus Program Latihan Guru Prasekolah Swasta selama 2 minggu di Hotel Oriental Crystal, Kajang.....ikutkan sebelum ni, kursus ni dibuat selama 3 minggu...tetapi memandangkan cuti pertengahan tahun ni cuma 2 minggu, jadi kursus ni dipadatkan...
 
Kelas yang biasanya bermula dari pukul 8 pg hingga 5 petang, tapi kelas yang ni mula pukul 8 pagi habis pukul 10.30 malam....memang letih gila kami....balik bilik terus membuta...tapi tu kalau dapat siapkan tugasan masa di kelas...kalau tak dapat jawabnya pukul 1 pagi le baru dapat tido...waktu tido pun tak boleh nak lena rasanya...mana tak nye, terkebil-kebil nak memikir presentation/aktiviti kelas untuk esok...


Ini masa program aktiviti kelas....permainan yang melibatkan koordinasi motor kasar....


Tepuk sorak dari rakan sekelas....


Gelak besar masing-masing bila dah tua-tua main galah panjang....


Eehh....menyempat lagi korang bedua ni ye....


Kumpulan teacher ros dan teacher wani.....




Apa ke nama permainan ni ye...ni permainan tradisional orang sarawak ni kalau tak silap saya......kat hotel tu mana le nak cari buluh kan....jadi kumpulan si yvonne ni belasah la kertas mahjung tu diorang gulung buat jadi macam buluh konon-kononnya....






*

No comments:

Post a Comment