Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Sunday, July 8, 2012

Semai Benih

Anak-anak 4 dan 5 tahun di Lestari semai biji benih hari ni....apa lagi....biji kacang hijau la...itulah biji benih yang cepat mengeluarkan hasil dan mudah untuk lakukan penanamannya di tadika....kalau nak tanam biji benih jagung berbulan baru dapat lihat hasilnya....


"Dah tak sabar nak tanam biji benih ni"....


"Kapas dah letak teacher....lepas ni nak buat apa pulak".....


"Ni saya punya"....


"Yaaa....inilah hasil kerja kami petani moden"....




"Teacher...berapa hari kita nak tunggu daun dia keluar"....

"Esok haqeem boleh lihat proses seterusnya ya...lepas tu haqeem akan dapat jawapannya"....


Lepas tu kita beralih kepada kelas 5 Harmoni pulak....


Dah siap letak dekat dalam bekas....


"Berseni tak kerja saya teacher".....


"1...2...3..15....banyak jugak ye boleh muat satu bekas ni...dah jadi nanti boleh buat ulam nasi kerabu ni" Najihah...

"Ehh...ok jugak idea ko tu" Balqis.....


"Apsal ko tak siap-siap lagi hah...ko carik biji benih kacang Jack ye Adam....biji benih tu mana ada kat Malaysia...biji benih tu ada dekat negeri orang putih nun".....


"Ingat senang ke nak susun sampai jadi macam ni".....


"Hehe...teacher nak ambik gambar saya la".....








*

No comments:

Post a Comment