Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, November 17, 2012

IHTIFAL 2012 (pt.2)

Ni sambungan dari entry ihtifal semalam....tak nak cerita banyak...jom kita tengok, anak siapa la tu ye....



Yang ni memang hot....sambutan dari ibu bapa memang hebat....riuh rendah dewan dengan tepukan gemuruh dari penonton....berjaya juga anak-anak murid teacher siti kita ni 'speaking kelate' ye....


Bawak alat muzik tambahan....bagus team teacher siti...guna bekas air mineral yang diisi dengan batu....bahan kitar semula ni....


Yang anak-anak dara mula-mula berdikir barat sambil menari.....yang geng anak teruna semua duduk....tak heran la persembahan mereka menjadi juara sebab memang anak-anak murid memberi kerjasama yang baik...tak de pun yang terlupa step....


Berzapin pulak kita ye cik abang....


Nasyid 25 Rasul dari anak-anak didik Teacher Ros.....


Comel-comel anak-anak 4 Benar ni....
 

Yang ni pun hebat jugak....drama muzikal upin ipin dari anak-anak kelas 5 Amal &  5 Mulia....jurutarinya Teacher Hajjar dan Teacher Aini....walaupun kedua-dua teachernya berbadan dua, tapi memang sentiasa bertenaga dan bersemangat melatih anak-anak murid mereka tiap-tiap hari....nasib baik tak pening lalat budak-budak tu ye....


ALAMAK HANTUUU.....seronok...memang menghiburkan tengok gelagat budak-budak dari kelas 5 Taqwa ni punya persembahan...drama muzikal Aci-aci Buka Pintu....berbakat semuanya anak-anak didik Teacher Za ni....


 Berminggu-minggu teacher za menyiapkan prop....

Melihat reaksi dari ibu bapa yang menonton, saya percaya mereka terhibur...syabas kepada semua teacher kerana menjalankan tugas anda melatih anak-anak murid masing-masing dengan penuh kesabaran.....







*

No comments:

Post a Comment