Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, November 5, 2012

Hari Ambil Report Kad Di Lestari

Ni cerita hari Jumaat (2.11.2012)...lambat update....sibuk sikit...sibuk dengan persiapan hari konvo yang akan berlangsung pada hari Ahad ni....

Cawangan yang ke 3 dan ini adalah yang terakhir...2 lagi cawangan dah selesai...ada ceritanya dalam entry yang lepas...

Kami sibuk bermula seawal pukul 7.30 pagi lagi...walaupun dalam surat pekeliling tertulis pukul 8.00 - 10.30 pagi tapi sekiranya ada ibubapa yang ingin datang awal kami sedia melayan....

Dalam masa sibuk dengan pertanyaan ibubapa yang ingin tahu perkembangan anak dan juga ada yang datang untuk mendaftar....saya sempat juga mencuri masa untuk snap beberapa gambar....tak dapat banyak sebab tak berkesempatan.....


Teacher Rubi dan ibubapa kepada muridnya....

Masa ni matahari terik memancar masuk ke dalam ruang kelas...nak tarik langsir nanti orang kata tak bagi masuk pulak...apa nak buat...tahan je la panas....tapi tak pe...matahari pagi.....


Ummi Syahirah Aisyah dan ibunya....Syahirah murid kelas 6 Damai...nampaknya tahun depan dah melangkah masuk ke Sekolah Kebangsaan la ye....


Haqeem dan ibu....tahun depan Haqeem 5 tahun...kita jumpa lagi Haqeem untuk tahun depan....


Kenapa tu Naushin...menyelit-nyelit dekat mamanya....


Azfar Aiman yang baru sihat dari demam panas...baru keluar wad....tangan pun masih ada kesan getah plaster.....sian kena cucuk dengan jarum sebab masuk air....di tadika si Azfar Aiman ni memang sentiasa aktif....

Program untuk hari ni berjalan sangat lancar...cuaca pun elok je....ramai yang mendaftarkan anak mereka untuk naik tahun (2013)....jadi kepada yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi sebab tempat adalah terhad.....







*

No comments:

Post a Comment