Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, November 15, 2011

Sekitar Hari Ihtifal 2011

13 November 2011 hari Ahad......Majlis Ihtifal Tadika Islam Nur Haziq 2011......


Selepas ucapan selamat datang dan nyanyian lagu Negaraku.....bacaan doa selamat oleh Imam Cilik kita Ahmad Isyraf bin Aziz dari kelas 6 Ilmu pula.....


Sepatah dua kata dari Puan Pengetua.....


Barisan anak-anak yang akan mempersembahkan persembahan pertama mereka......murid dari kelas 5 Taqwa......


Ada yang nyanyi, ada yang malu-malu......


Bacaan ayat-ayat hafazan dan doa.....Teacher Rubi yang sporting, turut join anak-anak muridnya buat persembahan......


Semuanya dapat baca dengan lancar......


Ahli keluarga yang hadir......


Tu diaaa.....tengah menjampi.....tarian Badindin dari murid 4 Mulia dan 6 Ilmu.....


Nasyid Hambamu, Doa Perpisahan dan persembahan pantun dari murid 6 Ilmu......




Lagu Bismillah......


Lagu Bangau Oh Bangau.....semua enjoy menyampaikan persembahan ni di atas pentas......



Joget Kalau Berpacaran......






Gelek jangan tak gelek......




Sebahagian ibu bapa yang tak ketinggalan merakam gelagat dan aksi anak mereka di atas pentas....


1 kasih nan abadi.....tiada tandingi dia yang 1.....lagu dari aris ariwatan kalau tak silap saya.....


Wuuiisshhh....macam Pak Maon kat dalam cerita Do Re Mi......


Bertuis masing-masing......


Seronok tengok gelagat anak-anak....




Panca Sitara.......


Tunggu giliran untuk naik ke pentas ambil sijil......


Anugerah kedudukan kelas........










Penyampaian sijil pula....selepas penyampain hadiah kedudukan kelas.....


Sedikit cenderamata untuk semua teacher......


Kemain lebar senyuman teacher za.......


Senyum simpul teacher intan kita......


Siti Nur Juliany dari kelas 6 Ilmu pelajar Terbilang 2011....yang baju merah tu adik dia Umma dari kelas 4 Mulia....saja nak interframe sekali masa kakak ambil hadiah....moga-moga 2 tahun lagi Umma pulak yang dapat.....staff saya tanya kenapa letak gelaran pelajar TERBILANG......saya kata terbilang tu adalah yang terbaik dari yang terbaik......tu idea dari Tuan Pengerusi......hubby saya le sapa lagi.....







*

Persediaan

Latihan untuk persembahan sempena hari Anugerah Kecemerlangan kami adakan sejak dari 24 Oktober 2011 lagi....habis je peperiksaan akhir tahun semua teacher gigih melatih budak-budak tu untuk persembahan masing-masing.....setiap kelas saya sarankan untuk mengadakan 2 atau 3 persembahan.....

Dua hari sebelum berlangsungnya majlis, guru-guru dan murid-murid mengadakan raptai penuh iaitu pada hari Khamis dan Jumaat.....


Kelas 6 Ilmu menunggu giliran......


Semuanya berjalan lancar sebab murid 6 tahun ni dah besar....mudah faham apa yang teacher arahkan.....cuma ada sorang dua yang saja-saja buat tak faham....kadang-kadang tu mencabar kesabaran guru juga....tapi itulah cabarannya bila bekerja dengan anak-anak kecil ni...bukan semua perkara mereka boleh ikut dengan mudah dan rela hati diorang.....


Letih masing-masing menyanyi.....nasib baik tak hilang suara......


Murid 5 Taqwa.....mula-mula tu rasa cemas juga dengan murid-murid kelas ni sebab diawal latihan tu diorang tak nak beri kerjasama pada teacher rubi....tapi alhamdulillah pada minggu terakhir latihan tu masing-masing dah boleh terima arahan dengan baik.....

Gambar latihan untuk kelas lain tak snap sebab saya pun sibuk menyanyi dan menari dengan diorang sekali....habeh tu kalau dah kamera womennya pun turut sama beraksi siapa yang nak tangkap gambar.....jadinya tak de la gambar.....tapi kalau semuanya saya cerita dengan detail tak syok pulakkan.....tak de la kejutannya pada hari majlis tu nanti.....








*

Wednesday, November 9, 2011

Happy Birthday An Nur Fitrisya

Minggu lepas sambut hari lahir An-Nur Fitrisya di tadika......tiap-tiap minggu ada je birthday murid....agaknya minggu ni ada ke tidak.....tu la rezeki budak-budak namanya......tiap-tiap minggu dapat makan kek yang sedap-sedap belaka.....


Kek Dora.....budak-budak zaman sekarang mesti nak kek yang ada kartun karakter.....besar keknya.....semua kawan-kawan di tadika dapat makan.....


Goodys untuk kawan-kawan....2 biji coklat dalam satu kotak jernih tu.....teacher pun dapat.....banyak ibu dia bagi....1 kotak besar.....


Yang ni kek pandan roll untuk teacher.....saya siap bawak balik kampung kek ni....kebetulan pulak dia bagi masa dah nak raya haji.....


Kawan-kawan sekelas nyanyi lagu happy birthday to you untuk Fitrisya......


Lepas nyanyi potong kek pulak.....masing-masing dah tak sabar nak makan kek.....


Pandang kamera kejap......


Tersepit si Birthday Girl....


Makan time....Teacher Emma pun makan sama jugak....sambil makan sambil snap gambar.....


Waktu rehat makan kek.....sebelum balik bagi goodys pada kawan-kawan......pegi kelas 4 Mulia dulu......


Tunggu turn....jangan risau....semua dapat.....


Pergi kelas 5 Amal pulak.....


Bagi sorang demi sorang.....


Kelas 5 Taqwa nyanyi lagu happy birthday untuk Fitrisya....lagu happy birthday ni tak payah nak ajar pun kan....semua budak tahu nyanyi.....




Akhir sekali bagi pada kawan-kawan sekelas....


Seronok Fitrisya....birthday dirai dengan penuh kemeriahan.....kalau buat dekat rumah mungkin yang dapat dijemput agak terhad...tapi kalau buat di tadika ada 76 orang kawan-kawan yang meraikannya dicampur dengan 5 orang teacher.....

Semoga birthday yang ke 6 ni dapat memberikan kenangan yang tak dapat dilupakan Fitrisya bila dah melangkah ke sekolah lain tahun depan....selamat naik ke darjah 1....cuma tinggal tak sampai 2 bulan lagi.....








*

Karnival Pautan Kasih

Ni cerita penambah perisa saja...tak de kena mengena dengan tadika pun......

26 Oktober 2011.....hubby ada ikut karnival di salah sebuah sekolah agama di Klang.....Sekolah Rendah Agama Rantau Panjang, Klang......


Lencana Sekolah......


Water ball.....bayaran untuk 15 minit duduk kat dalam bola tu RM5.00.....berpeluh peluh anak dara saya yang berdua tu masa keluar dari bola tu....matahari memancar-mancar waktu tu.....


Bergolek....berguling-guling budak-budak yang masuk dalam bola tu....


Karnival kali ni hubby bawak masuk 2 permainan....water ball dan belon supa dupa ni....waktu ni tak berapa ramai budak yang main....keterikan mentari menggigit kulit.....waktu pagi ramai, sebab cuaca tak berapa panas lagi......


Pandangan dari arah hadapan belon.....lagi extrem kalau letak buih sabun macam kat karnival jom heboh tu.....tapi tak sesuai nak bagi budak-budak sekolah main macam tu...bahaya.....


Besar....


Ibu bapa yang hadir duduk dekat tempat teduh sambil menyaksikan persembahan dari pelajar sekolah......


Persembahan diselang seli dengan cabutan bertuah....saya cabut (balik) dulu sebab tak larat nak menahan kepanasannya......karnival dekat sini saya dengan anak-anak tahan lepak 2 jam je.....kalau sebelum ni kami memang biasa tunggu sampai petang.....sambil hubby buat kerja dia, saya layan anak-anak main.....mungkin juga kawasan ni berdekatan dengan laut (Pelabuhan Klang) tu pasal la panas cuacanya lain macam....

Asyik buat karnival untuk sekolah orang je...ingat nanti nak buat karnival untuk tadika sendiri la....pernah sekali buat pada tahun 2009.....tahun pertama Tadika Islam Nur Haziq ditubuhkan.....










*

WaKtU ReHaT MeReKa

Peperiksaan akhir tahun dah pun selesai.....hari ambil rekod kemajuan pelajar pun dah selesai.....sekarang kami tengah sibuk buat latihan untuk persembahan hari konvokasyen.....


Lepas penat berlatih menyanyi dan berpantun.....waktu rehat amat dinanti....nak membasahkan tekak yang dah kering dek menyanyi tak berhenti.......lepas habis makan, masing-masing buat hal sendiri sambil menunggu waktu rehat habis......


Ada yang baca buku cerita......



Ada yang menulis dan melukis.....


Ada jugak yang berborak......

Di mana teacher..?..ada yang tengah layan murid makan dan ada juga yang tengah cuci cawan dan mangkuk......







*

Friday, November 4, 2011

Happy Birthday Irdina Iwani

24 Oktober 2011 hari Isnin......pada waktu yang sebenar tak sempat nak update blog.....sibuk ngalahkan perdana menteri la kononnya......hari ni baru nak tulis cerita pasal minggu lepas......sorry ye Irdina.....


Irdina Iwani dari kelas 6 Ilmu sambut birthday......kawan-kawan tak sabar nak tunggu Irdina potong kek....sambil nyanyi lagu 'happy birthday to you' mata masing-masing tak lekang memandang kek.....


Teacher Siti pegang tangan Irdina potong kek......


Kawan-kawan tak sabar tunggu kek habis dipotong......




Ni kek ke 2....Irdina bawak 2 biji kek...semua dapat makan......kek yang ni Teacher Emma yang tolong potong......


Goodys untuk kawan-kawan....banyak....sampai berlebihan......rezeki budak-budak.....


Bagi jajan pada kawan-kawan....teacher pun dapat jugak.....


Birthday girl seronok....kawan-kawan pun sama seronok sebab dapat makan kek dan dapat bawak balik goodys......








*