Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, July 11, 2012

Futsal Tadika Islam Nur Haziq pt5

Setelah tamat acara untuk anak-anak...tibalah pula acara ibu bapa....penyertaan dari parents amat-amat menggalakkan....cayalah semua....


"Kajar mak bola tu"......


"Ehhh...bola tu patah balik ke belakang la mak".....


Yeayyy...dapat sebijik gol....

Yang pakai tudung merah tu Teacher Azi kita....


Kita tengok bapak kat gelanggag 2...


Fuuiisshhh...hebat....melambung sampai ke bumbung tendangannya....


"Alamak aaiihhh...tergelincir la pulak"....


"Huuhh...semput...lama dah tak bersukan...ni la jadinya"....


"Haahhh...jaga-jaga...nak rembat ni"......


"Alamak...laju la pulak bola tu".....


"Ni bahaya nihhh...kena tolong keeper ni"....


"Go bapak go".....


Team ke 2 tengah menunggu di luar gelanggang....kejap lagi pertarungan mereka pulak....seramai 14 orang peserta dari ibu dan 35 orang peserta dari bapa.....


Waktu menunggu keputusan.....

Kelam kabut si tukang kira markah....gambarnya tak de kat sini...ada dibelakang kamera woman....

Apa pun kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada parents yang memberi sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada pihak tadika untuk kami menyediakan hadiah cabutan bertuah....dari sumbangan anda semua kami berjaya menyediakan hampir 30 hamper, sebuah skooter dan 2 buah basikal...tahniah kepada yang bertuah....yang lain tahun depan cuba lagi....

Apa yang pasti, Tadika Islam Nur Haziq akan menjanjikan acara sukan yang happening pada setiap tahun...anak-anak dan parents sama-sama bersukan.....







*

Futsal Tadika Islam Nur Haziq pt4

Dalam dewan masih lagi meriah dengan acara futsal murid-murid....


Pelbagai aksi anak-anak yang mencuit hati ibu bapa.....


Eehh...eehh...sabar laaa....jangan rebut-rebut....


Gelanggang 2 masih lagi bertarung.....


RHB bagi belon la......








*

Futsal Tadika Islam Nur Haziq pt3

Beberapa both yang turut sama memeriahkan lagi majlis futsal pada hari itu....


RHB Bank....mereka ada buat promosi untuk pembukaan akaun 'Junior Saving"....



Ana Muslim.....Sejak dari tahun pertama Tadika Islam Nur Haziq buat sebarang majlis atau apa-apa event....Ana Muslim sentiasa setia turut memeriahkan majlis kami....


Diantara produk utama mereka....anak-anak saya memang suka pakai baju ana muslim....designnya pun cantik...kena dengan citarasa mereka yang menggemari busana muslimah tapi nampak sedikit ranggi....


Both mainan pun ada.....kalau majlis sukan dibuat, tak de jual mainan tak syok la kan....







*


Futsal Tadika Islam Nur Haziq pt2

Beberapa lagi gambar candid yang sempat di snap oleh puan pengacara majlis....sambil pegang mikrofon dengan aturcara majlis...sempat lagi klik-klik kamera....tapi hasil gambarnya, asal boleh je la kan....



Perempuan 5 tahun....


Pertarungan diteruskan sehingga ke titisan peluh yang terakhir....


Yeaahhh...keeper dapat mempertahankan golnya dari dibolosi oleh serangan pihak lawan....cayalah Nurin Yasmine.....


Haahhh...mana dah peginya pemain ngan bolanya....yang jelas kat sini nampak encik pengadil je....


Waahhh....hadiah lucky draw....siapalah yang bertuah nanti tu yeee....


Lumayannnn......


Pertarungan murid lelaki pulak....


Gelanggang 1.....


Ibu bapa yang menjadi penonton setia.....


Lawan dengan team yang lain pulak...masih lagi perempuan 5 tahun....


Bermula sudah.....









*

Tuesday, July 10, 2012

Futsal Tadika Islam Nur Haziq pt1

Ahad 8 Julai 2012.....masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba....ada ibu bapa yang datang seawal jam 2 petang....perlawanan sebenar akan bermula pada pukul 3 petang...pendftaran mengambil masa 30 minit iaitu dari jam 2.30 petang hingga 3 petang....tetapi ada ibu bapa yang datang awal sebab takut tak jumpa tempat....datang awal tak pe...boleh bersantai-santai di tasik sebelah dewan futsal sambil menunggu masa perlawanan bermula.....


Meja pendaftaran kena serbu....kelam kabut teacher semua....tepat jam 3 petang kaunter pendaftaran di tutup...nombor cabutan bertuah pun habis....


Dalam bakul merah tu goodies untuk anak-anak....


Ada yang dah tak sabar...sampai je terus pergi main kat dalam gelanggang......


Sebelum pergi bertarung...senaman memanaskan badan amat penting supaya tak de yang krem nanti......


1..2...3....4...empat lagi....


Bermula lah pertarungan....


Gelanggang 2....pasukan pelajar perempuan....


Memperkenalkan...inilah dia jaring gelanggang futsal.....letih betul la saya...asal tangkap gambar...bukannya gambar pemain yang jelas...jaring tu yang lebih clear dan cantik pulak....


Tu dia...pemain terbaik 4 tahun...teacher dari semua branch memang suka aksi dia...Harith Amzar namanya....pandai dia main futsal walaupun baru usia 4 tahun....


Semua gambar kecik-kecik...sebab snap dari kawasan luar jaring...nak masuk dalam tak dibenarkan...(haiihhh....pengetua pun tak boleh masuk)....nanti takut ramai pulak yang turut serta masuk nak ambik gambar anak....







*

Hari Sebelum

Sebelum perlawanan sebenar berlangsung....haruslah kita pergi melawat kawasan dulu kan....


Kat sini tempat untuk senaman memanaskan badan dan mengumpul peserta sebelum masuk ke gelanggang....


Gelanggang 2....


Gelanggang 1.....


Kat sini tempat letak hadiah.....


Berhadapan dengan pintu belakang tu ada tasik....


Mesin watercooler pun ada....senang la bila dahaga nanti.....tadah je mulut kat situ.....


Ibu bapa boleh duduk kat situ sambil menonton pertarungan anak masing-masing.....


Pintu masuk hadapan....

Semuanya memuaskan hati...sewa mahal pun tak pe la...janji tak main kat tengah-tengah panas....teacher semua tak rela nanti mekap cair...heheh.....







*

Sunday, July 8, 2012

Talent Time

Hari Sabtu 7/7/2012 tadika Islam Nur Haziq cawangan Putra Perdana telah menghantar seramai 12 orang murid bagi menyertai hari talent time anjuran Persatuan Tadika Swasta Daerah Sepang....kami adalah peserta keempat yang akan naik ke pentas pada pagi itu...acara yang kami masuk adalah bercerita...tajuk cerita kami Nabi Ismail Dan Telaga Zam-zam....Costum pada hari itu adalah jubah....saya pun turut sama pakai jubah sekali.....


Ni pentasnya......


Sebelum mula....acara mekap memekap....cer teka...yang juru mekap tu siapa....juru mekap import tu...tu ialah ibu kepada Siti Aisyah....cayalah kak...sporting la akak hari tu.....tapi parents Siti Aisyah ni memang sporting...mereka memang suka terlibat sama walau apapun acara yang tadika anjurkan....


Ni sijil yang setiap murid akan dapat....acara ni bukan saja suka-suka masuk je tau....semua peserta akan mendapat sijil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang....

Ada 3 ni je gambar....tak sempat nak bergambar banyak-banyak....kelam kabut nak siapkan murid-murid....semua parents dari tadika islam nur haziq ada ambil gambar pada hari tu....kalau rajin email la pada saya...nanti boleh saya tepek kat dalam blog atau facebook tadika.....







*

Kunjungan Dari Staedler pt2

Ni rancangan sambungan....



Dahsyatnya aksi.....


Yang ni lagi dahsyat.......


Dah siap warna...kena kemas balik pensel warna yang dah digunakan tadi.....


Berdebar menunggu keputusan.....


Tapi, sebelum dapat keputusan siapa yang menang....semua kena tutup mata dulu......


"Haaa...kertas siapa yang dah hilang...tanya abang staedler tu pada murid-murid"....

Yang hilang kertas jadi risau...kawan-kawan pun sibuk tolong cari sama....

Rupa-rupanya.....



Murid yang kehilangan kertas tu adalah pemenangnya.....Thaqif Aiman dan Syafia Jasmine....


Yeayyy...seronoknya kami menang...ni la dia hasil kerja kami yang telah menambat hati abang staedler tu...

Menang kalah adat pertandingan...yang tidak berjaya tak dikecewakan....mereka semua dapat crayon sekotak sorang...cuma si pemenang dapat hadiah lumayan sikit....







*