Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Thursday, March 29, 2012

SAKSIKAN

Khamis datang lagi.....maknanya ada lagi seni kreativiti baru yang anak-anak di tadika islam nur haziq akan pelajari.....kali ni kami mewarna gambar menggunakan water colour dengan menggunakan teknik sentuhan jari...tak perlu guna berus lukisan...

Jadi saksikanlah anak-anak ini berkreativiti.....


Kat sini nampak macam warna biru...tapi sebenarnya warna purple tu....Amin tengah colour buah manggis.....


"Ko colour buah apa tu....aku nengok macam buah mangga pun ada...buah mangga colour hijau pun ada kan....mak aku cakap kulit mangga muda colour hijau" Ainul....

"Ni mangga dah masak, pasal tu la teacher Ros kasi aku warna kuning" Syazana....


"Setakat tepek-menepek ni kacang je lah"......


Merahnya mak ngah......


Apa tu Nana....payung ke cendawan......


Aina Atikah.....tekun....teratur je hasil kerjanya....tak comot.....


Sepupu yang kamceng.....


4 tahun yang tak banyak kerenah......


Dah nak siap ni teacher....jap lagi saksikanlah hasil kerja saya yang hebat ni......


"Teacher Wani bagi Syamil colour apa ye?....intai la jap" Asyif......


Yeaahh.....hasil kerja kami.....


Cantik kan.....


Percaya tak...ini lah hasil kerja anak-anak dari kelas 5 Harmoni.....


Ni persembahan dari kelas 4 Benar.....


Yang ni pulak ntah kenapa boleh jadi macam ni....pada awalnya elok je cantik....bila lepas 30 minit saya masuk balik kelas diorang, dah jadi macam ni pulak....sebenarnya kelas 6 tahun ni terlebih teruja bila main tepek-tepek water colour tu...pasal tu la jadi macam ni.....








*

No comments:

Post a Comment