Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, October 23, 2012

BEREHAT SEBENTAR

Sampai di cawangan Bandar Saujana Putra dalam pukul 8 lebih...agak lewat sikit sebab singgah di cawangan Putra Perdana dulu....

Aktiviti anak-anak di BSP sama seperti anak-anak di cawangan yang lain....masing-masing sibuk buat latihan untuk persembahan mereka....

Saya pun sibuk-sibuk jugak tumpang sekaki bagi buah fikiran....syok pulak bila tengok diorang nyanyi-nyanyi, menari-nari...teringat zaman sekolah dulu.....


Masing-masing kepenatan....rehat sekejap sebelum menunggu waktu balik....teacher pun keletihan sama....daripada diorang buat bising dalam kelas, lebih baik suruh diorang baring rehatkan diri....


Esok (Rabu 24.10.2012) adalah hari mengambil report kad di tadika cawangan Putra Perdana...cawangan yang lain, surat pekeliling akan menyusul nanti...tak boleh buat serentak sebab diri saya tak boleh berada di ketiga-tiga cawangan pada satu masa....

Sampai sini je entry ringkas untuk hari ni...esok kita sambung dengan cerita yang lain pulak....







No comments:

Post a Comment