Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, September 26, 2011

Jamuan Aidilfitri

Hari ni adalah hari ke 28 kita berhari raya.....bermakna hari ni dah masuk 28 Syawal 1432H.....panjang betul umat Islam beraya ye....berkilo-kilo le lemak yang dah bermastautin dekat dalam perut ni....mana ke tidaknye....jamuan hari raya setiap minggu.....ditambah pulak dengan jamuan hari raya di tadika lagi....

Hari ni jamuan hari raya di tadika.....semua murid pakai baju raya hari ni....manis-manis semua teacher tengok....yang perempuannya tudung mengalahkan teacher.....sedondon baju dengan tudung.....

Makanan memang banyak...sama macam jamuan yang sudah......tapi kali ni tadika sponsor air 'best' pada murid-murid....masing-masing kelam kabut bila tengok teacher keluarkan air tu.....


Tu la dia air 'best' yang saya cakap tu....air DORAEMON.....kalau pada kita yang dah dewasa ni tak le best mana pun air tu...best lagi air sirap limau....tapi budak-budak ni kalau tengok aje ada kartun karakter dekat bekas atau sebarang pembalut makanan, itu sudah tentu menarik minat mereka untuk menjamah makanan ataupun minuman tersebut....

Sambil makan tengok cerita kartun...mula-mula pasang Boboi Boy....lepas tu tengok Transformers pulak....yang teacher semua seperti biasa...sambil makan sambil layan budak.....



Kali ni sengaja buat jamuan dalam kelas...tak makan dekat kantin...kalau makan dekat kantin budak-budak ni bukannya makan sangat...sibuk nak main je kerjanya......bila makan sambil tengok tv ni baru le betul-betul diorang makan......tak de pun air yang tertumpah....sebab air doraemon ni kalau nak minum kita cucuk je penutupnya dengan straw...kalau terbalik pun botol tu tak le melimpah terus airnya......

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang menyumbang makanan.....kuih raya punya la banyak...takpe esok-esok kami makan....tiap kali waktu rehat kita makan kuih raya.....kalau nak makan semua hari ni memang tak larat.....kepada yang sponsor kuih muih dan makanan berat seperti bihun goreng, roti jala, ketupat dengan kuah kacang dan spagethi tu terima kasih banyak-banyak.....semua makanan tu sedap belaka.....tak de yang terbazir pun.....semua saya ---- ehh silap taip pulak....semua kami makan......










*

Wednesday, September 21, 2011

Bagaikan Mesin

Hari ni tadika direhatkan daripada belajar....bukan saja suka-suka hati tak nak belajar....tapi kami ada sesi fotografi....tahun ni saja saya buat awal sikit....nak menyenangkan encik suami sebab banyak masa boleh nak touch up gambar....yang mana tak clear boleh di clearkan, yang mana teacher ada jerawat batu tu boleh di hilangkan dengan teknik foto shop....

Tapi entry ni saya nak cerita pasal apa yang berlaku sebelum sesi bergambar......


Pagi......masa ni belum pukul 8.30 lagi.....masih tak ramai budak yang datang......pasang tv bagi mengelakkan budak-budak tu buat bising tak tentu pasal nanti.....pasang DVD cerita Boboi Boy.....Upin Ipin dan Boboi Boy memang menjadi kegilaan budak-budak kecik sekarang ni.... saya rasa mak bapak budak pun suka juga tengok.......


Dah bertambah ramai......


Sebelum sesi bergambar dimulakan......semua diarahkan beratur dulu.....tapi foto wajah-wajah ayu dan muka-muka hensem anak murid akan diletak dalam entry yang lain.....entry ni saya nak cerita pasal birthday yang disambut hari ni...ada 2 orang sambut birthday hari ni di tadika......di rumah saya pun ada sorang sambut birthday hari ni iaitu encik suami......

Tajuk entry BAGAIKAN MESIN.....apa yang macam mesin....kami semua teacher ni la bekerja bagaikan mesin hari ni sebab dalam kelam kabut melayan budak nak bergambar kena pulak sambut birthday 2 orang murid....apa yang kami buat semuanya kena pantas.....nak kejar masa sebelum pukul 11.40 sesi fotografi mesti selesai dan dalam masa yang sama sesi sambut birthday pun mesti selesai juga......


Ni kek birthday Izzun Aliya Farhan dari kelas 6 Ilmu......tak dapat nak sambut dengan guru kelasnya sebab teacher Siti sibuk dengan sesi fotografi anak-anak muridnya.....tapi ada 4 orang teacher yang lain ganti tempatnya.....sedap keknya.....ibu Izzun buat sendiri kot.....tak silap saya ibu Izzun chef pastri hotel....nanti ingat nak tempah la kek ni dekat ibu dia.....


Ni kek Fahrin Shahlan dari kelas 5 Taqwa.....sedaaaapp.....saya ni semuanya sedap....kek ni yang habis dulu....masing-masing dok berebut strawberinya.....


Keadaan kelas hari ni memang tak seperti hari biasa.....tengok la keadaan meja tu....tak kira la semua tu kan...asalkan sambutan hari lahir untuk mereka berdua ni berjalan dengan jayanya......


Teacher Za ganti tempat teacher siti pegang tangan Izzun potong kek....


Sempat lagi tu intai kamera.....


Teacher Intan ganti tempat teacher Rubi pegang tangan Fahrin potong kek sebab teacher Rubi sibuk basuh cawan dan mangkuk kat dapur......tak kisah la tu asalkan kek terpotong dan habis dimakan....

Selain dapat makan kek kami juga dapat goodys....terima kasih dari kami semua untuk Izzun dan Fahrin sebab belanja makan kek dan dapat jajan....

Lenguh kaki dan tangan.....petang sambut birthday hubby dengan anak-anak....banyaknya kolestrol yang masuk dalam perut saya hari ni.....bertambah tebal la perut nampak gayanya......








*

Monday, September 19, 2011

TADIKA ISLAM NUR HAZIQ 3

Sebelum ni saya ada buat entry berkenaan dengan tadika cawangan ke 2 di Bandar Saujana Putra....kali ni saya nak cerita sikit pasal cawangan ke 3 di Lestari Putra....

Hujung tahun 2011 ni tahun yang amat sibuk bagi saya....bukannya senang nak bukak 2 cawangan serentak.....terkejar sana terkejar sini.....

Tadika di Putra Perdana dah mula ada pelajar yang mendaftar untuk sesi 2012....hari ni pun ada 2 orang yang masuk mendaftar....ada juga yang nak mintak kerja....kalau pelajar ramai Insyaallah saya akan buat 2 sesi di Putra Perdana.....jadi kepada yang nak anak belajar sesi pagi, cepat-cepat la mendaftar.....kalau dah penuh untuk sesi pagi pendaftaran yang lambat akan dimasukkan ke sesi petang.....sesi petang akan mula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang.....

Di bawah ni gambar rumah yang akan dijadikan Tadika Islam Nur Haziq 3 di Lestari Putra.....kepada sesiapa yang nak bekerja sebagai guru di cawangan ni boleh telefon saya untuk sesi temuduga......



Gambar dari bahagian hadapan tadika.....rumah masih baru lagi.....selang 2 pintu ada taska...tapi saya lupa pulak apa nama taska tu.....jadi tak de masalah kepada ibu bapa yang bekerja...kalau tak nak anak naik van balik ke rumah baby sitter boleh masuk taska selepas habis waktu belajar di tadika......


Belum gantung flag lane lagi......


Halaman tadika luas......senang nak buat assembly waktu pagi......nak buat latihan sukan pun senang......


Bahagian belakang tadika...bersih dan cantik......

Di sini waktu belajar sama seperti di Tadika Islam Nur Haziq 1....masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 11.45 pagi....cuma hari Jumaat sahaja balik awal sikit iaitu pukul 11.15 pagi.....










*

Monday, September 12, 2011

TADIKA ISLAM NUR HAZIQ 2

Minggu lepas pergi cawangan ke 2 di Bandar Saujana Putra.....rumah dah dibersihkan.....bahagian dalam cuma tinggal nak masukkan perabut dan barang-barang kelengkapan lain.....perabut akan dimasukkan peringkat demi peringkat sebab memandangkan ni tempat baru nak kena tengok berapa orang student yang masuk.....seperti biasa bulan 12 akan diadakan kelas membaca seperti di cawangan pertama (Putra Perdana)......


Wet kitchen....dapur basah kata orang Melayu......jadi, bahagian dapur yang ini akan digunakan....dry kitchen akan diletakkan kabinet untuk meletak makanan sahaja.....


Ni bilik yang dekat tingkat bawah.....ni akan dijadikan pejabat.....


Lokasi berdekatan dengan Surau An-Nur, Bandar Saujana Putra.....


Surau di Jalan 4/16.....tadika islam nur haziq 2 di jalan 4/17......


Nampak surau, akan nampak la tadika kami.....


Halaman pun dah dikemaskan....segala pokok dan batu step semua dah dibuang.....sayang pulak rasanya...tapi nak buat macamana tadika tak boleh ada benda-benda yang membahayakan kanak-kanak....jadi terpaksalah buang semua benda tu......


Cuma yang masih ditinggalkan pokok pisang kaki 2 batang dekat belakang tu dengan ada 2 batang lagi pokok besar berhampiran dengan wet kitchen dekat belakang rumah...kawasan lapang tu akan dijadikan tempat perhimpunan....dinding luar belum cat lagi.....mungkin minggu depan baru start project cat mengecat.....

Cerita untuk cawangan 3 akan di update kemudian......







*

Berapa Banyak Star Diorang Dapat

Masuk hari ni dah 14 hari Ramadan meninggalkan kita....maknanya dah 14 hari la kita beraya....bertuah betul kita sebagai umat Islam ni kan...raya sampai sebulan.....

Sepanjang bulan Ramadan kami bagi star kepada murid-murid yang berpuasa....jadi Syawal dah menjelang tiba mari kita tengok siapa yang banyak berpuasa......



Dari apa yang kita tengok ni ramai yang berpuasa.....budak-budak sekarang ni kuat.....untuk mendidik mereka ni berpuasa ibu bapa, guru dan orang disekeliling pun perlu kuat semangat juga....kalau ada sikap kesian tak bertempat....tak menjadi la nak naikkan semangat budak-budak kecik ni supaya meneruskan puasa sepanjang hari......


Kelas lain saya tak sempat nak snap gambar carta diorang....asal naik kelas atas lupa bawak kamera......tadi saya tengok carta dah masuk dalam stor.....malas pulak saya nak bentang balik.....tapi dari apa yang saya tengok ramai juga yang berpuasa....salah sorang daripadanya ialah Qash....sepanjang bulan Ramadan cuma 2 hari je Qash tinggal puasa.....puasa penuh tau bukan puasa separuh hari.....

Tarikh Jamuan Hari Raya Aidilfitri di tadika sudah ditetapkan...sila rujuk pada BERITA TIBA-TIBA....sepanjang Ramadan 30 hari berpuasa.....berapa kilo sangat la berat badan yang turun....tapi sepanjang Syawal kita makan je...berapa kilo pulak berat badan yang bertambah... ni ayat nak tanya pada diri sendiri sebenarnya....tapi tanya la sekali pada pembaca blog pun boleh jugak kan.....heheh.....











*

Wednesday, September 7, 2011

Bersekolah Semula Selepas Cuti

Ni cerita hari pertama sekolah selepas cuti hari raya....murid-murid semua bertenaga...ye la dah seminggu cuti kan.....


Murid-murid baru sampai......belum pukul 8.30 pagi lagi......ada yang tengah ambil kerusi.....dan ada juga yang sambung tidur nampaknye tu......


Beratur di halaman tadika....baca ayat hafazan dan doa....

Pejam celik-pejam celik dah sampai hujung tahun...rasa macam baru lagi bersama dengan budak-budak ni....mana yang 6 tahun, tahun depan dah masuk darjah 1.....yang 4 dan 5 tahun kalau panjang umur tahun depan kita jumpa lagi.....sedar tak sedar hari ni dah 9 hari kita beraya.....hhmm....teacher lain dah tanya, bila nak buat jamuan raya.....bila eekkk...!!!!







*

Tuesday, September 6, 2011

Birthday Natasya Amalia

Ni cerita hari Jumaat sebelum cuti hari tu.....banyak betul cerita terkumpul....basi ke tak basi ke nak cerita jugak....

Dalam kesibukan semua mengerjakan ibadah puasa ada pulak yang nak sambut birthday di tadika...dah birthdaynya jatuh pada bulan puasa.....nak buat macamana kan.....nak tunda tak syok pulak nanti......tapi ibadah puasa tak ditinggalkan......walaupun dapat goodys dari birthday girl tapi teacher berpesan pada murid semua yang mana puasa makan bila dah tiba waktu berbuka nanti.....yang mana tak puasa makan bila dah sampai kat rumah....dekat tadika kena hormat pada kawan-kawan yang puasa.....


Tu la si Birthday Girlnya....Natasya Amalia dari kelas 6 Ilmu.....


Bagi goodys pada kawan-kawan kelas sendiri dulu......


Banyak betul mama Natasya sediakan goodys.....teacher pun dapat jugak.....dah la hari jumaat tu ramai jugak yang dah mintak cuti awal sebab nak balik kampung....dekat 10 orang jugak la yang dah mula cuti hari jumaat tu.......


Bagi lagi....


Bagi pada kawan-kawan kelas 5 Taqwa pulak......


Kelas 5 Amal pun tak di lupakan.....


4 Mulia.....

Wahhh....!...seronok semua ye....ehhh...tu sapa yang over seronok tu....anak murid ke mak budak...heheh.....

Tu la aktiviti kami pada hari Jumaat....penuh keseronokan dan keceriaan.....tapi pelajaran tak dilupakan.....tetap berjalan mengikut time table.....










*

SeSi BeRsALaM-SaLaMaN

Ni cerita hari Jumaat sebelum cuti sekolah hari tu....sebelum cuti raya seperti biasa la kita bersalam-salaman.....saya memang amalkan perkara seperti ni sejak dari tahun pertama saya buka tadika lagi...saya nak terapkan nilai murni seperti ni sejak kecil lagi.....nak biasakan budak-budak kecik ni bila raya menjelang tiba bermaaf-maafan adalah perkara yang paling utama perlu kita lakukan....cium tangan orang yang lebih tua dari kita....DUIT RAYA....penting juga.....bagi budak-budak saat menerima duit raya adalah saat yang paling ditunggu-tunggu.....kadang-kadang tu yang tua macam saya ni pun menunggu jugak saat tu...heheh....


Sepanjang bulan Ramadan tak de beratur di luar tapi disebabkan hari ni ada sesi bersalam-salaman jadi semua beratur di luar......dah 2 - 3 hari lepas dok berdoa berharap cuaca hari ni tak panas.....alhamdulillah....tuhan maha kaya dan mendengar semua doa hambanya...cuaca hari ni memang cantik...tak panas, mendung tapi tak hujan......


Nyanyi lagu Negaraku.....muncung-muncung mulut memasing.....


Pandang mana pulak tu Haida.....


Sesi berpesan-pesan....jangan main mercun....bila makan tu jangan lupa baca doa makan dulu......


Panjang tu kata-kata azimat dari puan pengetua.....sampai menguap teacher siti....bagus betul la teacher za jadi mamarazzi....semua hang snap ye.....


Teacher Intan tengah berucap tu......


Mamarazzi pas kamera kat orang lain kejap......


Sesi kemuncak telah pun tiba......beratur tunggu turn masing-masing......


Masing-masing happy......


Tak lepaskan peluang bersalam-salaman juga dengan teacher-teacher lain......


Turn murid perempuan pulak.......


Bersalaman dengan semua teacher pulak......


Teacher Rubi.....


Teacher Siti......


Teacher Za......pas kamera kat orang lain lagi sekali.....

Hari Sabtu cuti bermula....tahun ni cuti Raya dan cuti hari Merdeka jatuh pada cuti sekolah...jadi tak de la cuti berganda.......










*

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum semua....lama betul tak bersiaran...sebelum syawal menjelang sibuk buat persiapan raya...bila syawal dah tiba sibuk balik raya dan melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah....alhamdulillah buat setakat ni syawal kami masih dalam keadaan yang meriah...masih ramai sanak saudara yang datang berkunjung dan kami juga berkunjung ke rumah mereka....

Sebelum raya hari tu ramai juga anak murid yang bagi kad raya...terima kasih...rasanya semua teacher sempat balas kan......



Kad raya pertama yang saya dapat.....kad raya yang lain-lain tak snap pulak...lupa.....sorry.....









*