Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, September 19, 2011

TADIKA ISLAM NUR HAZIQ 3

Sebelum ni saya ada buat entry berkenaan dengan tadika cawangan ke 2 di Bandar Saujana Putra....kali ni saya nak cerita sikit pasal cawangan ke 3 di Lestari Putra....

Hujung tahun 2011 ni tahun yang amat sibuk bagi saya....bukannya senang nak bukak 2 cawangan serentak.....terkejar sana terkejar sini.....

Tadika di Putra Perdana dah mula ada pelajar yang mendaftar untuk sesi 2012....hari ni pun ada 2 orang yang masuk mendaftar....ada juga yang nak mintak kerja....kalau pelajar ramai Insyaallah saya akan buat 2 sesi di Putra Perdana.....jadi kepada yang nak anak belajar sesi pagi, cepat-cepat la mendaftar.....kalau dah penuh untuk sesi pagi pendaftaran yang lambat akan dimasukkan ke sesi petang.....sesi petang akan mula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang.....

Di bawah ni gambar rumah yang akan dijadikan Tadika Islam Nur Haziq 3 di Lestari Putra.....kepada sesiapa yang nak bekerja sebagai guru di cawangan ni boleh telefon saya untuk sesi temuduga......



Gambar dari bahagian hadapan tadika.....rumah masih baru lagi.....selang 2 pintu ada taska...tapi saya lupa pulak apa nama taska tu.....jadi tak de masalah kepada ibu bapa yang bekerja...kalau tak nak anak naik van balik ke rumah baby sitter boleh masuk taska selepas habis waktu belajar di tadika......


Belum gantung flag lane lagi......


Halaman tadika luas......senang nak buat assembly waktu pagi......nak buat latihan sukan pun senang......


Bahagian belakang tadika...bersih dan cantik......

Di sini waktu belajar sama seperti di Tadika Islam Nur Haziq 1....masuk pukul 8.30 pagi balik pukul 11.45 pagi....cuma hari Jumaat sahaja balik awal sikit iaitu pukul 11.15 pagi.....










*

No comments:

Post a Comment