Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, September 26, 2011

Jamuan Aidilfitri

Hari ni adalah hari ke 28 kita berhari raya.....bermakna hari ni dah masuk 28 Syawal 1432H.....panjang betul umat Islam beraya ye....berkilo-kilo le lemak yang dah bermastautin dekat dalam perut ni....mana ke tidaknye....jamuan hari raya setiap minggu.....ditambah pulak dengan jamuan hari raya di tadika lagi....

Hari ni jamuan hari raya di tadika.....semua murid pakai baju raya hari ni....manis-manis semua teacher tengok....yang perempuannya tudung mengalahkan teacher.....sedondon baju dengan tudung.....

Makanan memang banyak...sama macam jamuan yang sudah......tapi kali ni tadika sponsor air 'best' pada murid-murid....masing-masing kelam kabut bila tengok teacher keluarkan air tu.....


Tu la dia air 'best' yang saya cakap tu....air DORAEMON.....kalau pada kita yang dah dewasa ni tak le best mana pun air tu...best lagi air sirap limau....tapi budak-budak ni kalau tengok aje ada kartun karakter dekat bekas atau sebarang pembalut makanan, itu sudah tentu menarik minat mereka untuk menjamah makanan ataupun minuman tersebut....

Sambil makan tengok cerita kartun...mula-mula pasang Boboi Boy....lepas tu tengok Transformers pulak....yang teacher semua seperti biasa...sambil makan sambil layan budak.....



Kali ni sengaja buat jamuan dalam kelas...tak makan dekat kantin...kalau makan dekat kantin budak-budak ni bukannya makan sangat...sibuk nak main je kerjanya......bila makan sambil tengok tv ni baru le betul-betul diorang makan......tak de pun air yang tertumpah....sebab air doraemon ni kalau nak minum kita cucuk je penutupnya dengan straw...kalau terbalik pun botol tu tak le melimpah terus airnya......

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang menyumbang makanan.....kuih raya punya la banyak...takpe esok-esok kami makan....tiap kali waktu rehat kita makan kuih raya.....kalau nak makan semua hari ni memang tak larat.....kepada yang sponsor kuih muih dan makanan berat seperti bihun goreng, roti jala, ketupat dengan kuah kacang dan spagethi tu terima kasih banyak-banyak.....semua makanan tu sedap belaka.....tak de yang terbazir pun.....semua saya ---- ehh silap taip pulak....semua kami makan......










*

No comments:

Post a Comment