Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, September 21, 2011

Bagaikan Mesin

Hari ni tadika direhatkan daripada belajar....bukan saja suka-suka hati tak nak belajar....tapi kami ada sesi fotografi....tahun ni saja saya buat awal sikit....nak menyenangkan encik suami sebab banyak masa boleh nak touch up gambar....yang mana tak clear boleh di clearkan, yang mana teacher ada jerawat batu tu boleh di hilangkan dengan teknik foto shop....

Tapi entry ni saya nak cerita pasal apa yang berlaku sebelum sesi bergambar......


Pagi......masa ni belum pukul 8.30 lagi.....masih tak ramai budak yang datang......pasang tv bagi mengelakkan budak-budak tu buat bising tak tentu pasal nanti.....pasang DVD cerita Boboi Boy.....Upin Ipin dan Boboi Boy memang menjadi kegilaan budak-budak kecik sekarang ni.... saya rasa mak bapak budak pun suka juga tengok.......


Dah bertambah ramai......


Sebelum sesi bergambar dimulakan......semua diarahkan beratur dulu.....tapi foto wajah-wajah ayu dan muka-muka hensem anak murid akan diletak dalam entry yang lain.....entry ni saya nak cerita pasal birthday yang disambut hari ni...ada 2 orang sambut birthday hari ni di tadika......di rumah saya pun ada sorang sambut birthday hari ni iaitu encik suami......

Tajuk entry BAGAIKAN MESIN.....apa yang macam mesin....kami semua teacher ni la bekerja bagaikan mesin hari ni sebab dalam kelam kabut melayan budak nak bergambar kena pulak sambut birthday 2 orang murid....apa yang kami buat semuanya kena pantas.....nak kejar masa sebelum pukul 11.40 sesi fotografi mesti selesai dan dalam masa yang sama sesi sambut birthday pun mesti selesai juga......


Ni kek birthday Izzun Aliya Farhan dari kelas 6 Ilmu......tak dapat nak sambut dengan guru kelasnya sebab teacher Siti sibuk dengan sesi fotografi anak-anak muridnya.....tapi ada 4 orang teacher yang lain ganti tempatnya.....sedap keknya.....ibu Izzun buat sendiri kot.....tak silap saya ibu Izzun chef pastri hotel....nanti ingat nak tempah la kek ni dekat ibu dia.....


Ni kek Fahrin Shahlan dari kelas 5 Taqwa.....sedaaaapp.....saya ni semuanya sedap....kek ni yang habis dulu....masing-masing dok berebut strawberinya.....


Keadaan kelas hari ni memang tak seperti hari biasa.....tengok la keadaan meja tu....tak kira la semua tu kan...asalkan sambutan hari lahir untuk mereka berdua ni berjalan dengan jayanya......


Teacher Za ganti tempat teacher siti pegang tangan Izzun potong kek....


Sempat lagi tu intai kamera.....


Teacher Intan ganti tempat teacher Rubi pegang tangan Fahrin potong kek sebab teacher Rubi sibuk basuh cawan dan mangkuk kat dapur......tak kisah la tu asalkan kek terpotong dan habis dimakan....

Selain dapat makan kek kami juga dapat goodys....terima kasih dari kami semua untuk Izzun dan Fahrin sebab belanja makan kek dan dapat jajan....

Lenguh kaki dan tangan.....petang sambut birthday hubby dengan anak-anak....banyaknya kolestrol yang masuk dalam perut saya hari ni.....bertambah tebal la perut nampak gayanya......








*

No comments:

Post a Comment