Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, August 3, 2012

Artzooka Di Lestari

Minggu lepas cawangan Bandar Saujana Putra buat sampul duit raya...lepastu diorang gantung kat beranda tadika....nak dapatkan mood puasa dan raya...di Lestari pun nak buat juga minggu ni....


Sesi lukis melukis....

"Eehh...lukis gambar mercun boleh tak" Alya Adriana...

"Ko ingat ni raya cina ke...lukis la gambar ketupat ke...gambar aku pun boleh gak..apa salahnya....mesti sampul duit raya ko yang paling cun nanti...teacher mesti kagum dengan hasil krastangan ko" Hanaa Aqilah....


"Apa la yang aku nak lukis ni...teacher wani ni bagi contoh gambar susah-susah pulak tu...cuba suruh tulis huruf A B C kan senang" Haqeem....


Sesi menepek gam....

"Ko ni Husna...cepat la sikit...aku pun nak guna gak gam tuh" Humaira....


"Tengok teacher...cantik tak saya punya...mama mesti bangga dengan hasil kerja saya ni...heheh" Balqis....


"Ni belum kaler lagi nih...kalau dah kaler garenti meletup punya lah hasil lukisan saya nih" Oshin....


Mencari ilham....


Farish...tak boleh kacau ni.....


Dah siap.....


Angin kuat pulak tu...jangan la koyak...harapnya dapat la tahan sampai habis hari raya....


Ketupat dah ada..sampul duit raya pun dah ada...minggu depan kita buat kad raya pulak......







*

No comments:

Post a Comment