Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Tuesday, October 30, 2012

BeRlAtIh BeRsUnGgUh-SuNgGuH Ye...

Lama dah rasanya tak cerita pasal murid-murid kat Putra Perdana ni...minggu lepas memang ada cerita pasal tadika kat putra perdana, tapi bukan cerita pasal murid, tapi cerita pasal mak pak murid yang ambik report kad....

Meh kita tengok apa la yang diorang buat bila time dah habis periksa ni.....


Ni duduk berbaris nak tunggu giliran kena cabut gigi kot.....


Haaa....muka suspen....ye la tu...kejap lagi nak kena cabut gigi le tuuu.....

"Ko dah penah cabut gigi ke Aidien? haduuusss...seriau la aku....kang kalo ada apa-apa terjadi kat aku...ko tolong kasi tau mak aku ye" Aiman...

"Ye la....ko ni macam-macam la...aku pun tengah kecut nih" Aidien....


"Ko tengok ni Syafia....mulut aku jadik muncung cenggini ni, sebab cabut gigi le ni" Siti Aisyah....

"Hhmmm...tragik betul kisah ko ni....nasib baik TV3 tak de buat lagi rancangan Kisah Benar...kalo tak aku rasa kisah ko ni buleh dapat rating penonton tertinggi ni" Syafia....


"Seramnya...meremang bulu tengkuk aku" Shahrul....


Eeehhh...bukan cabut gigi laaa....diorang ada latihan dikir barat rupanya....

(dialog merapu tadi rekaan Teacher Emma semata-mata....jangan marah aaa...masa tengah menaip ni hormon merapu tengah meluap-luap).....


Ewah...tepuk cik abang, cik akak...jangan tak tepuk.....

Hentam saja la LABU....Teacher Siti ajar cakap Kelantan...bila sampai turn budak-budak ni cakap apa yang teacher siti sebut, dah macam cakap Jepun pun ada.....


Ni apa ke hal pulak yang tergelek-gelek ni....senaman merampingkan pinggang ke....tak pe la...teacher emma tak sudi la nak join....


Dah macam poco-poco la pulak....


Ye la tu....betul la tu, poco-poco kot.....


Ada ke poco-poco pegang tangan pastu hayun-hayun cam ni.....

Apa-apa pun kita semua kena tungguuuuu.....akan tahu jawapannya pada hari konvo tadika nanti....


Disini saya juga amat-amat mengharapkan kehadiran semua murid bersama keluarga datang pada hari konvo nanti....semua murid terlibat dengan persembahan kelas mereka (sekiranya ada yang tidak dapat hadir pada hari tersebut diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sila hubungi pengetua atau beritahu pada guru kelas anak secepat mungkin...ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada persembahan setiap kumpulan)....

Setiap persembahan yang dapat menambat hati penonton akan dipilih menjadi persembahan terbaik....dan setiap yang terbaik akan ada ganjarannya kepada guru pembimbing dan juga anak muridnya.....








*

No comments:

Post a Comment