Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, October 12, 2012

Belajar Berus Gigi

Hari ni buat kali ke 2 tadika islam nur haziq lestari putra menerima kunjungan dari nurse klinik pergigian seri kembangan...

Masing-masing teruja bila tengok teacher pagi-pagi lagi dah susun cawan, berus gigi dengan ubat gigi kat meja luar kelas....tak sabar-sabar masing-masing nak dapat sorang satu....


Warna-warna ceria sudah pasti menarik perhatian anak-anak....salah satu cara untuk menarik minat anak-anak kecil rajin berus gigi...


"Adeh la...bab ni yang tak tahan ni...jap lagi kebas le kaki ni menyangkung lama-lama nih"...Oshin (Nama macam nama Jepun)


Mendengar penerangan dari akak nurse dengan penuh perhatian....


"Macam teacher pulak nurse ni kan"...zulhilmi


"Bila nak start gosok gigi ni".....


"Betul ke cara aku gosok ni"....Ainul Atikah


Garangnye muka Nashriq....macam terpaksa je gosok gigi tu....teacher emma tak perasan la bagi cawan kat dia warna biru...nashriq minat warna hijau, hijau tu kan BENTEN...tapi tak pe la, berus gigi warna hijau....


Barisan depan geng 4 tahun...yang kat belakang geng 6 tahun....


"Ni kalau gigi aku tak bersinar-sinar putihnya macam iklan ubat gigi darlie kat dalam TV tu tak tau le nak cakap apa lagi nih"...."Ehhh...Adam...ko tido ke, gosok gigi ni" Asyraf......


"Apa la teacher ni...orang gosok gigi pun nak ambik gambar".....


Pukul 10.15 pagi habislah sudah aktiviti memberus gigi.....


Disambung pulak dengan aktiviti makan....gosok gigi dulu baru makan...dah sampai waktu rehat...nak tunggu apa lagi...makan la....


"Tak aci betulkan...kita semua kena gosok gigi...tapi teacher tak pulak kena gosok gigi" Aqilah...


Tamatlah aktiviti bersama-sama anak-anak di lestari hari ni....minggu depan EXAM di lestari bermula dari hari Isnin hingga Khamis.....






*

No comments:

Post a Comment