Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, October 15, 2012

Hari Pertama Peperiksaan Di Lestari

Hari ni bermulalah peperiksaan akhir tahun di Lestari....ada juga yang menangis datang sekolah....takut sebab exam kot...hari-hari biasa ok je...tiba-tiba hari exam ni menangis pulak datang sekolah....


Sasya tekun memikirkan apakah jawapannya....


Sampai berdiri jawab soalan.....


Ada yang dah siap...ada yang masih jawab soalan lagi....yang mana dah siap teacher kena cepat-cepat ambik paper examnya...kalau tak nanti diorang bagi jawapan pada kawan....


Masa rehat sampai.....Haqeem bawak keropok lekor 1 mangkuk besar....belanja kawan-kawan 1 kelas makan...teacher pun dapat rasa sekali....mekasih Haqeem....


Lepas berhenti rehat 30 minit peperiksaan disambung semula....


"Haduilaa...susah pulak soalan matematik ni...pening kepala aku" Salina....


Humaira tengah jawab soalan matematik....


Arief Dzakwan tengah kira....Faiz tengah pikir.....jangan meniru yeee...nanti teacher potong markah...


"Cepat la Ji Ah...geng yang lain dah siap ni...ko sorang je yang tak siap lagi nih" Balqis..... 
(Jia Ah tu nama glamour Najihah di tadika...ingat teacher emma je ada nama glamour...sapa tahu nama betul teacher emma....sila angkat kening) 

Esok perjuangan perlu diteruskan lagi....







*

No comments:

Post a Comment