Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, October 17, 2012

Peperiksaan Hari Ke 3 Di Lestari

Sudah 3 hari peperiksaan di Lestari....sekejap je masa berlalu....esok hari akhir perjuangan mereka.....


"Susah pulak soalan ni...aku nak tembak je ke atau nak pikir lagi nih...mana satu eekk jawapannye" Adam.....


Farish dan Nashriq tekun menjawab soalan....




Masa jawab soalan pun sempat berborak lagi tu yeee....


Pergi kelas 4 Benar pulak....kertas pertama mereka hari ni matapelajaran Bahasa Melayu....kat atas tu Aneesa tengah jawab soalan....


"Fuuhhh...keliru la....mana satu jawapannya ni...serabut rambut aku nak memikirnya" Ashif....


Ini budak bila jawab soalan selalu nak cepat siap je...lepas tu dia pegi bagi jawapan kat kawan....


"Penat tau kita pikir mana satu jawapannya...korang jangan senang-senang nak tiru" Izzuddin...


Lepas rehat kelas 4 Benar ada ujian lisan Hafazan....gambar atas tu Sasya tengah baca surah Al-Fatihah....bagus murid-murid teacher...walaupun baru 4,5 dan 6 tahun dah pandai baca surah-surah hafazan dan doa...

Bagi 4 tahun ni masih ramai lagi yang pelat...hanya guru kelasnya sahaja yang arif dengan bahasa anak muridnya....







*

No comments:

Post a Comment