Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Monday, October 22, 2012

Origami Dompet Anak-anak Lestari

 Entry kali ni sebenarnya cerita yang boleh dikatakan lama jugak la...tapi belum basi lagi rasanya....tu sebenarnya ayat nak sedapkan diri sendiri sebab tadi nama je bawak kamera pegi tadika...tapi boleh lupa nak snap gambar....

Lepas assembly sibuk dok tengok teacher-teacher buat latihan untuk persembahan akhir tahun....lepas rehat ada orang datang interview nak jadi guru tadika....pasal tu la yang terlupa nak snap gambar budak-budak kat tadika hari ni....

Tapi tak pe....kita tepek gambar yang ada ni dulu...esok saya letak gambar baru....Insyaallah esok saya ke Saujana Putra.....


Benda paling penting yang kena ada kalau nak buat origami mestilah kertas...kira tu watak utama la tu...

Alya Adriana tido ke tu?.....


Lipat kena betul-betul...nanti tak jadi pulak dompetnya....


Lipat lagi.....


"Yeayyy...saya punya dompet dah siap...lepas ni boleh letak duit" Aqila....


"Saya pun dah siap teacher...cantik tak saya punya....lepas ni saya nak warna dompet saya dengan warna pink" Damia....


4 Benar pun buat dompet juga...tapi mereka buat corak dan warna kertas tu dulu....kemudian baru lipat jadikan dompet....


Naushin punya warna warni, macam pelangi laaa......


"Saya punya pun dah siap teacher, lepas ni saya nak warna cantik lagi dari Naushin punya" Humaira....

"Suka hati korang la...aku tak campur" Aisyah.....


"Eehh....lupa lak.....lipat kat mana teacher wani cakap tadi yee...kat atas ke, kat tepi nih" Haqeem.....

"Alah...ko lipat je la sampai jadi lepat" Nabil....

Dari aktiviti membuat origami seperti ini, kita dapat tengok sama ada anak-anak kecil kita dah menguasai sikomotor halus mereka atau tidak...kalau tak menjadi seperti apa yang kita ajar....maknanya anak-anak itu tidak menguasai lagi kemahiran sikomotor halus mereka....maknanya perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar lagi.....







*

No comments:

Post a Comment