Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, July 7, 2012

Foto Kenangan Kursus PLGPS pt 3

Semakin hari kami sekelas semakin mesra....presentation masing-masing semakin hebat....banyak idea kami dapat...boleh lah dipraktikkan di tadika nanti....


Team saya...kumpulan 1 dari kelas 6.....kumpulan 1 memang selalu kena panggil untuk jawab soalan pensyarah....tu la kalau guna nombor 1...

Gambar kat atas tu hati kami tengah berbunga-bunga tu, sebab pensyarah puji idea kami terbaiikkk....idea asal disumbangkan oleh dorin....lepas tu kami sama-sama bincang untuk memperkembangkannya lagi.....


Yang tudung hijau tu pensyarah kami untuk minggu ke 2.....tengah bagi penerangan pada team teacher hajjar dan teacher aini...kami gelar kumpulan tu kumpulan ibu mengandung sebab ada 2 orang yang mengandung...teacher aini dan wong.....
 

Kumpulan teacher ros....


Teacher aini yang tengah mengenangkan nasib....kering dah idea asyik nak buat presentation je tiap-tiap hari....


Kumpulan teacher intan.....


Ini presentation pada hari yang berlainan....masing-masing diarah pensyarah untuk mencipta lagu kanak-kanak yang berkonsepkan cara mudah untuk mengingat sesuatu melalui nyanyian.....jenuhhh...ada kumpulan yang tak berapa nak lena tidur malam dok mengenangkan esok nak nyanyi lagu apa....kalau suruh nyanyi lagu YUNA senang le cerita....


Semangat tu teacher emma nyanyi lagu little fingers....haaa...kalau ada dengar anak-anak tuan-tuan dan puan-puan nyanyi lagu ni kat rumah...tu kami le yang ajar tu.....


Yang 2 orang tu jadi tukang perati....pastu kami nyanyi sama-sama....

Sambung lagi di entry pt 4






*

Foto Kenangan Kursus PLGPS pt 2

 Masih lagi berkenaan dengan permainan melibatkan koordinasi motor kasar.....


 Buah anggur, buah delima....tu le nama permainannya...nak tau lagu penuhnya dan cara mainnye macamana, boleh tanya teacher ros...ni idea dia......


Pusing-pusing bawah tu...bila lagu habis dia kena tangkap....alah macam permainan jambatan sudah roboh tu...cuma bezanya diakhir permainan, ada main tarik-tarik macam tarik tali pulak.....


Teacher wani macam gaya nak menembak je tu.....


Team saya punya giliran....


Beriya-iya bagi penerangan macam mana cara permainan.....


"Korang buat yee....salah buat siap korang"....haha....kalau cakap dengan murid-murid kat tadika cam tu, alamatnya esok tak datang sekolah la budak-budak dibuatnya....


Main Pukul Berapa Datuk Harimau...tu lah dia permainan yang teacher emma terangkan tadi...riuh rendah kelas dibuatnya bila harimau yang baju pink tu nak terkam kambing-kambing 4 ekor kat belakang tu.....sekalinya dia terkam sampai 2 ekor kauuu....gambar hasil terkaman ada kat dalam fb....






*

Foto Kenangan Kursus PLGPS pt 1

Pada cuti sekolah yang lepas kami guru-guru tadika islam nur haziq pergi kursus Program Latihan Guru Prasekolah Swasta selama 2 minggu di Hotel Oriental Crystal, Kajang.....ikutkan sebelum ni, kursus ni dibuat selama 3 minggu...tetapi memandangkan cuti pertengahan tahun ni cuma 2 minggu, jadi kursus ni dipadatkan...
 
Kelas yang biasanya bermula dari pukul 8 pg hingga 5 petang, tapi kelas yang ni mula pukul 8 pagi habis pukul 10.30 malam....memang letih gila kami....balik bilik terus membuta...tapi tu kalau dapat siapkan tugasan masa di kelas...kalau tak dapat jawabnya pukul 1 pagi le baru dapat tido...waktu tido pun tak boleh nak lena rasanya...mana tak nye, terkebil-kebil nak memikir presentation/aktiviti kelas untuk esok...


Ini masa program aktiviti kelas....permainan yang melibatkan koordinasi motor kasar....


Tepuk sorak dari rakan sekelas....


Gelak besar masing-masing bila dah tua-tua main galah panjang....


Eehh....menyempat lagi korang bedua ni ye....


Kumpulan teacher ros dan teacher wani.....




Apa ke nama permainan ni ye...ni permainan tradisional orang sarawak ni kalau tak silap saya......kat hotel tu mana le nak cari buluh kan....jadi kumpulan si yvonne ni belasah la kertas mahjung tu diorang gulung buat jadi macam buluh konon-kononnya....






*

Meeting Lagi part 2

Meeting kat hotel Sri Malaysia Bagan Lalang....saya dok meeting....anak-anak ngan bapak bersuka ria la di pantai....


 Dalam bilik meeting sejuk...habis meeting berjemur di tepi pantai.....kat atas tu gambar hiasan semata-mata...tak de pun saya kat situ....


Harap-harap Program Latihan Guru Prasekolah Swasta tu nanti buat kat situ...tu gambar kat atas tu....Gold Coast Sepang....tak bosan ai walaupun berkursus 2 minggu....(ye la tu teacher emma ooii...banyak la duit kerajaan nak letak awak 2 minggu kat situ)....









*

Meeting Lagi part 1

Salam semua...lamanye tak bersiaran di blog....banyak cerita terkini dimasukkan dalam facebook je....sebab facebook tu saya kerah staff saya update selalu....blog ni cuma saya sorang yang update...tu pasal la tak banyak cerita masuk kalau dah sibuk konon-kononnya....
Cerita kat bawah ni berlaku pada 19 Mei lepas...mak aiih...lamanya...baru nak masukkan sekarang.....kalau baby baru lahir umur sebulan lebih, dah betambah berat 2 - 3 kilo agaknye...tapi teacher emma bukan baby lagi, tapi berat bertambah jugak apa cerita ni....haaiii la badan...
Ok la, berbalik pada topik asal kita...kat bawah ni beberapa gambar yang diambil oleh saya masa meeting dengan PPD tempoh hari....

Orang dok meeting...yang saya sibuk jadi camera woman pulak...tersipu-sipu pegawai-pegawai kat depan nun.....


Tak puas duduk...berdiri pulak encik ni....tak payah le saya letak nama dia kat sini kan....blog saya...biar la nama saya sorang yang glamour kat sini.....


Gambar kelabu pulak...tepek jugak le...


Mikrofon bertukar tangan....


Pengusaha-pengusaha tadika yang hadir....

Lama jugak la meetingnya...dari pukul 9.30 pg hingga pukul 5 ptg.....nasib baik duduk kat kerusi ada span...kalau tak kematu jugak le....









*