Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, October 19, 2012

Nyanyi-nyanyi Di 6 Damai

Semalam hari akhir peperiksaan bagi anak-anak di Lestari....hari ni apa lagi....'jom kita enjoy'....enjoy sangat la tu....tak boleh enjoy...mereka semua ada tugas yang boleh dikatakan berat juga, sebab pada 11/11 nanti mereka semua kena menghiburkan penonton yang hadir pada hari konvokesyen nanti....


Kalau dah macam ni gayanya...tengah menyanyi la tu.....


Mengalahkan kumpulan K Pop.....


Dah berterabur barisan...ada yang ke depan, ada yang kebelakang.....tak pe...pelan-pelan.....nanti belatih tiap-tiap hari...ok la tu....

Kelas 5 Harmoni pun ada latihan juga lepas rehat tadi...tapi tak sempat nak snap gambar sebab sibuk layan beberapa 'parents' yang datang untuk mendaftar.....








*

Thursday, October 18, 2012

PERSIAPAN

Di Putra Perdana sudah hampir seminggu exam berlalu...sekarang ni semua teacher tengah sibuk buat persiapan untuk majlis ihtifal yang akan diadakan pada 11/11 nanti....kat bawah ni ada beberapa gambar yang teacher za email pada saya...persiapan yang teacher za buat untuk kelasnya, 5 Taqwa....


 Apakah itu?....




 Senyuuummmm.....





Macam cat dinding tadika je...... 


Nampak macam jam.....


Pembantu yang setia mencurahkan khidmat bila diperlukan.....


Semangat sungguh.....ada harapan merangkul hadiah untuk persembahan terbaik ni.....


Tak sabar nak tengok persembahan diorang nanti.....


Damia tengah buat apa tu?....


Macamana dengan kelas yang lain.....harap-harap semangat mereka pun berkobar-kobar macam semangat teacher za dan murid-muridnya......amacam korang (teacher-teacher lain)...ada rasa terancam tak....

Agak-agak tahun ni siapa yang dapat anugerah persembahan terbaik....tahun lepas kemenangan jatuh ke tangan kelas 5 Taqwa juga tapi waktu tu guru kelasnya Teacher Rubi...tapi tahun ni Teacher Rubi telah ditransfer ke Lestari Putra, guru kepada kelas 5 Harmoni....dapatkah Teacher Rubi mengekalkan mahkota kejuaraannya?....






*

Hari Ke 3 Peperiksaan Di BSP

Perjuangan masih diteruskan lagi di BSP....cawangan di Lestari putra dah habis exam hari ni....tapi tak de gambar di lestari sebab hari ni tuan punya blog ada di BSP.....


6 tahun kertas pertama subject matematik....."Alah...kacang hijau je" kata Irfan....


Muncung-muncung mulut Afiq mengira.....


5 tahun paper Jawi.....


"Kan aku dah kata...soalan ni masuk...ko tak caya...nasib baik aku dah buat ulangkaji kat rumah" Nafis....


"Heh...berapa punya senang la soalan ni" Iman....




Dah tak sempat nak duduk dah jawab soalan periksa....


Ada harapan nak dapat markah tinggi ni.....


"Teacher ni nak kena ni...orang nak jawab periksa dia sibuk tangkap gambar pulak" Nafis....


Tak boleh kacau ni...kena FIRE kang.....








*

Dah Dapat Gambar

Minggu ni tadika islam nur haziq ditiga-tiga cawangan dah dapat gambar....bukan je anak murid yang seronok dapat gambar...teacher-teacher pun tumpang sekaki....sibuk belek muka dalam gambar...kira berapa bijik jerawat yang nampak....minyak kat muka boleh buat goreng telur ke tidak....


Untuk 6 tahun special sikit...ada gambar pakai baju konvo....macam dah masuk 'U' pulak gayanya.....


Sengeh jangan tak sengeh.....


Bersama guru kelas....3 tahun Qash belajar matematik dengan teacher siti....









*

Wednesday, October 17, 2012

Peperiksaan Hari Ke 3 Di Lestari

Sudah 3 hari peperiksaan di Lestari....sekejap je masa berlalu....esok hari akhir perjuangan mereka.....


"Susah pulak soalan ni...aku nak tembak je ke atau nak pikir lagi nih...mana satu eekk jawapannye" Adam.....


Farish dan Nashriq tekun menjawab soalan....




Masa jawab soalan pun sempat berborak lagi tu yeee....


Pergi kelas 4 Benar pulak....kertas pertama mereka hari ni matapelajaran Bahasa Melayu....kat atas tu Aneesa tengah jawab soalan....


"Fuuhhh...keliru la....mana satu jawapannya ni...serabut rambut aku nak memikirnya" Ashif....


Ini budak bila jawab soalan selalu nak cepat siap je...lepas tu dia pegi bagi jawapan kat kawan....


"Penat tau kita pikir mana satu jawapannya...korang jangan senang-senang nak tiru" Izzuddin...


Lepas rehat kelas 4 Benar ada ujian lisan Hafazan....gambar atas tu Sasya tengah baca surah Al-Fatihah....bagus murid-murid teacher...walaupun baru 4,5 dan 6 tahun dah pandai baca surah-surah hafazan dan doa...

Bagi 4 tahun ni masih ramai lagi yang pelat...hanya guru kelasnya sahaja yang arif dengan bahasa anak muridnya....







*

Tuesday, October 16, 2012

Exam Di Saujana Putra

Hari ni merupakan hari pertama peperiksaan akhir tahun di cawangan Bandar Saujana Putra....


Teacher Azie tengah mengedarkan kertas sains pada murid 5 Jujur.....


"Baik aku check, betul ke nama aku ni...haaa...nasib baik betul" Adlyn....


Masing-masing bawak colour bukan main besar lagi.....


6 Amanah kertas Bahasa Arab....




E..eehhh....sempat lagi tu....
*
 *
Lepas selesai menjawab kertas pertama...waktu rehat pun tiba....
*
*

Selesai berhenti rehat untuk makan selama setengah jam...kertas peperiksaan kedua pun menyusul....


Tadah tangan baca doa sebelum mula menjawab kertas peperiksaan yang kedua untuk hari ni....


Subject Sains untuk 6 tahun....


Afiq baca soalan dengan penuh teliti sebelum menjawab.....


"Tengok kamera dulu la" Ainul......


"Alamak...aku salah jawab ke tadi...habeh laaa...kena potong la markah" Afiq.....


Patut la Afiq suspen tadi...teacher dah mula semak kertas periksa....

Sementara nak tunggu beberapa minit lagi waktu balik...teacher-teacher kita ni sempat semak kertas periksa yang murid-murid baru je jawab pagi tadi....


"Heh..apa intai-intai" Teacher Intan....

Hari ni baru lepas 2 subject...esok masih ada peperiksaan lagi....







*

Monday, October 15, 2012

Hari Pertama Peperiksaan Di Lestari

Hari ni bermulalah peperiksaan akhir tahun di Lestari....ada juga yang menangis datang sekolah....takut sebab exam kot...hari-hari biasa ok je...tiba-tiba hari exam ni menangis pulak datang sekolah....


Sasya tekun memikirkan apakah jawapannya....


Sampai berdiri jawab soalan.....


Ada yang dah siap...ada yang masih jawab soalan lagi....yang mana dah siap teacher kena cepat-cepat ambik paper examnya...kalau tak nanti diorang bagi jawapan pada kawan....


Masa rehat sampai.....Haqeem bawak keropok lekor 1 mangkuk besar....belanja kawan-kawan 1 kelas makan...teacher pun dapat rasa sekali....mekasih Haqeem....


Lepas berhenti rehat 30 minit peperiksaan disambung semula....


"Haduilaa...susah pulak soalan matematik ni...pening kepala aku" Salina....


Humaira tengah jawab soalan matematik....


Arief Dzakwan tengah kira....Faiz tengah pikir.....jangan meniru yeee...nanti teacher potong markah...


"Cepat la Ji Ah...geng yang lain dah siap ni...ko sorang je yang tak siap lagi nih" Balqis..... 
(Jia Ah tu nama glamour Najihah di tadika...ingat teacher emma je ada nama glamour...sapa tahu nama betul teacher emma....sila angkat kening) 

Esok perjuangan perlu diteruskan lagi....







*