Hari ni tak pegi tadika sebab kejap lagi kena pegi PPD Sepang. Minggu lepas pegi juga sebab ada meeting kat sana. Hari ni pegi sebab kena key in data merid & guru pulak. Anak2 terpaksa la angkut sekali sbb ayah diorang tak dapat cuti. Mana blh jadikan asal mama ada urusan je ayah kena cuti. Ingat company sendiri.
Hari ni hari Khamis. Lepas rehat 2 kelas nak buat art. Setiap hari Khamis lepas rehat mmg tak belajar menggunakan buku. Kami adakan aktiviti seperti melukis, menyanyi, latihan solat, ambil wudhuk, bercerita tntg sejarah Islam, fardu ain dan mcm2 lg lah. Asyik belajar je kesian juga kan bdk2 ni kecik lg.
Teacher Siti Dgn Teacher Za nak buat art katanya. Kalau saya ada blh juga tolong2. Teacher Za mungkin tak susah sangat sebab anak murid dia ada 14 org je, tapi sian dgn Teacher Siti mesti kelam kabut dia. Nnt esok nak tgk apakah hasil seni yg diorang dah buat.
No comments:
Post a Comment