Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Wednesday, August 3, 2011

Murid Dan Puasa

Semalam hari pertama bersekolah dalam bulan Ramadan.....Sejak pagi lagi cuaca panas.....


Disebabkan kami nak menggalakkan murid-murid berpuasa jadi kami tak nak la diorang ni penat.....sampai je tadika saya perambat semua masuk kelas masing-masing....memang dari minggu lepas lagi kami teacher berpesan-pesan pada murid-murid dalam bulan ramadan ni kalau nak bawak buku selain dari buku sekolah ke tadika kami benarkan sebab kalau ada masa sebelum masuk kelas atau pada waktu rehat boleh la baca buku tu....ada juga yang bawa mainan seperti flash card....saya tak kisah asalkan masa belajar diorang tak keluarkan benda tu.....

Sepanjang bulan ramadan tak de beratur di luar....aktiviti yang biasa dilakukan di halaman tadika dilakukan dalam kelas je.....senaman pun buat yang mudah dan ringan sahaja, buat syarat bagi hilang rasa mengantuk....teacher pun ngantuk juga kekadang tu.....ye la kan, pukul 4 pagi dah bangun sahur....pukul 7 pagi mesti dah ada kat tadika.....jadi bila waktu tidur tu dah kurang...siapa pun akan rasa mengantuk.....

Cuma kelas 4 Mulia je yang ada makan waktu rehat....tapi mana-mana murid dari kelas lain yang tak puasa nak makan, pegi la join kelas 4 tahun tu.....

Dah 3 hari puasa...belum ke pasar ramadan lagi ni....apa yang menarik dekat Pasar Ramadan Putra Perdana ni ye...?







*

No comments:

Post a Comment