Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Friday, August 26, 2011

SeJuKnYa

Ni entry tertunda.....hari Selasa lepas dari pagi sampai la waktu balik hari hujan....hari ni datang tadika awal daripada biasa sebab ada perkara yang nak diselesaikan....

Sampai awal tak tau pulak nak buat apa....kalau bulan tak puasa, bersarapan le dengan teacher-teacher yang lain tapi ni bulan puasa.....teacher yang lain ada kelas iqra'....yang tak de ajar iqra' diorang panggil budak-budak untuk reading.....saya pun tak de buat apa-apa panggil la budak-budak 2 - 3 orang baca buku......


Panggil Qurratun Ain untuk baca dulu..dia ni kalau teacher bukak tadika pukul 7 pagi....pukul 7 pagi la dia tercongok kat depan pintu tadika.....sentiasa datang awal.....

Waktu ni baru pukul 7.30 pagi...tengok cuaca dekat belakang tu masih gelap lagi....hujan pulak tu.....sepanjang hari ni cuaca memang tak panas...tak terasa lapar pun dahaga pun sikit je....anak-anak murid yang berpuasa pun nampak segar je.....anak saya yang sulung pun macam tu jugak walaupun balik dari sekolah pukul 5 petang tapi tak la nampak keletihan sangat.....cuaca yang dingin memang banyak membantu untuk anak-anak kecil meneruskan puasa sepanjang hari......








*

No comments:

Post a Comment