Assalamualaikum W.B.T

Blog ini banyak berkisarkan tentang kisah di tadika dan juga diselitkan serba sedikit cerita tentang perkara lain sebagai penambah perisa. Kepada ibu bapa yang ingin tahu apakah rutin harian kami di tadika bolehlah mengikuti blog ini. Sebarang berita terkini seperti tarikh peperiksaan, tarikh cuti dan sebagainya akan dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat membaca buat semua.

Saturday, August 6, 2011

Siapa Puasa Dapat Star

Kami tak memaksa murid-murid di tadika berpuasa tapi siapa yang puasa kami bagi STAR....

Pada hari pertama puasa, kami di Tadika Islam Nur Haziq cuti....jadi tak tau la siapa yang betul-betul puasa kan....pada hari ke 2, tadika bersekolah seperti biasa.....pada hari ke 2 ni ramai juga yang tak puasa sebab diorang masih tak tau lagi siapa yang puasa dapat star.....pada hari ke 3 murid yang berpuasa dah bertambah ramai.....alhamdulillah...berkesan juga cara ni.....biasa la kan budak-budak.....seronok bila dapat STAR....kalau dapat star kat dalam buku pun kemain seronok lagi....cuba kalau teacher letak perkataan BAIK atau GOOD, sikit pun diorang tak heran....kalau letak 2 - 3 bijik star.....kecoh sampai balik ke rumah......



2 orang dari 14 orang tak puasa pada hari ke 3 tu......


Murid kelas 5 Taqwa tengah belek STAR sendiri.......rasa bangga la tu pada diri sendiri sebab tiap-tiap hari dapat star.....

Masa saya update blog ni dah hari ke 6 puasa....alhamdulillah si Qash dapat 5 hari puasa penuh....


Gambar dekat bawah ni puasa pada hari ke 3.....



6 tahun ada 35 orang murid kesemuanya........


Hari ke 2 tu tak letak star sebab kelas 6 ilmu punya rekod tak siap lagi masa tu....pada hari ke 3 baru rekod tu di tampal kat tepi dinding.....


Gambar dekat bawah ni puasa pada hari ke 4......


Nur Muhammad Haziq tengah letak star dekat namanya pada hari ke 4 puasa......


Nur Dania Saliha......


Nursyuhada.......


Julianie......


Akmal Ali....

Kami akan bagi STAR ni pada murid yang berpuasa di tadika....waktu rehat diorang tak pegi join budak-budak tak puasa makan.....haa tu maknanya diorang puasa la kan....tapi kalau dekat rumah diorang tak puasa tu adalah tanggungjawab ibu bapa mereka....kami akan tetap bagi star selagi mereka tak makan sebarang makanan di tadika dari pagi hingga waktu balik....lepas tu terserah pada mereka sama ada nak teruskan puasa atau tidak tetapi star yang dah ditampal pada rekod puasa tu akan tetap kekal......

Ni adalah salah satu cara saya nak menggalakkan murid-murid tu berpuasa selain dari janji nak bagi duit raya....

Ada juga parent yang call saya dan bertanya "teacher emma, bulan puasa ni tadika tak de sediakan makanan ke...?"....saya jawab "ada, tapi kami akan bagi star pada mereka yang berpuasa...tapi kami tak memaksa diorang berpuasa....kalau larat puasa la...kalau tak larat waktu rehat boleh pegi makan"....parent tu cakap lagi "Ooo...patut la bila sebelum pegi sekolah saya nak bagi anak saya minum susu tapi dia tak nak...dia kata dia puasa...lepas tu dia cakap dekat tadika dia tak makan waktu rehat....saya ingat tadika tak de sediakan makanan waktu bulan puasa"...."sebenarnya anak puan tu nakkan star yang macam kawan-kawan lain dapat.....ni salah satu cara saya nak mengajar mereka berpuasa" saya jawab lagi...."kalau macam tu bagus la teacher, sekurang-kurangnya tadika dapat mendidik dia berpuasa".....parent tu cakap lagi.....

Mungkin pada asalnya parent tu nak tanya tadika ada sediakan makanan ke tidak waktu bulan puasa.....dan pada masa yang sama dia terkejut yang anak dia betul-betul puasa masa di tadika.....dapat puasa separuh hari pun dah bagus bagi anak-anak yang baru berusia 5 tahun kan.....







*

No comments:

Post a Comment